Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Kelantan Kuat Seks Punca Pelacuran Thailand? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Kelantan Kuat Seks Punca Pelacuran Thailand?

Para pegawai kerajaan di Golok menyalahkan kepesatan industri dadah dan pelacuran di bandar terkenal sempadan selatan Thai itu ekoran kemasukan ramai lelaki Kelantan kuat seks.

“Kita tidak akan memiliki daerah ‘lampu merah’ yang besar jika bandar kita tidak begitu dekat dengan Kota Bharu,” jelas seorang Ahli Parlimen Thai, Horachai Watchaporn merujuk nama ibu negeri Kelantan di Malaysia tersebut.

Beliau seterusnya mendakwa: “Setiap minggu, Golok dibanjiri dengan ramai lelaki Kelantan yang mendakwa batin mereka teruk ditindas, terutama selepas kerajaan PAS negeri itu berjaya mengharamkan segala bentuk hiburan.”

“Jika lelaki Kelantan berhenti membawa ‘tunai’ mereka ke Golok, wanita Thailand pun tidak akan terdorong untuk menawarkan mereka dengan bekalan dadah, atau bekerja sebagai pelacur untuk mendapatkan wang secara mudah.

“Mereka (lelaki Kelantan) benar-benar harus belajar beberapa nilai kesopanan setempat apabila mahu datang ke Thailand untuk memaparkan kemewahan wang mereka, ” tegas Horachai yang dipetik portal berita FMN hari ini.

Pihak berkuasa Kelantan berkata, mereka sedia membantu Thailand dan mengesahkan beberapa pegawai kanan telah sukarela menawarkan diri untuk menghabiskan hujung minggu di Golok bagi memantau keadaan semasa.

Namun kesahihan laporan tersebut adalah diragui malah latar belakang portal FMN juga dipertikaikan kerana ia merupakan laman berita satira yang lazim memaparkan pelbagai cerita sensasi.

Sumber : Mynewshub.cc



Sumber : Oh My Media TV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.