Hi! Welcome Back and Stay Tune! Disoal Di Parlimen, Bank Australia Nafikan Hubungan Dengan 1MDB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Disoal Di Parlimen, Bank Australia Nafikan Hubungan Dengan 1MDB

download-13

 

Bank Australia ANZ tidak mempunyai sebarang hubungan dengan skandal 1MDB, kata ketua eksekutifnya, Shayne Elliott kepada jawatankuasa ekonomi, Dewan Perwakilan Autralia.

Elliott hadir di hadapan ahli parlimen untuk menjawab soalan mengenai tindakan bank berkenaan.

Ketika disoal oleh ahli parlimen parti Hijau Melbourne, Adam Bandt, Elliot berkata beliau berpuas hati bahawa tiada pekerja ANZ terkhilaf atau sedang disiasat oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, lapor The Australian.

“Beliau berkata bank itu tidak mempunyai hubungan dengan 1MDB, atau kaitan berhubung apa yang didakwa berlaku,” lapor akhbar itu.

April lalu, apabila disoal oleh Senat Australia, Timbalan Ketua Eksekutif ANZ, Grahan Hodges mempertahankan peranan ANZ dalam lembaga pengarah Ambank.

ANZ memegang 25 peratus saham Ambank, bank Malaysia yang menurut penyiasat Amerika Syarikat digunakan untuk menyalurkan sebahagian daripada dana yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Tuntutan mahkamah Jabatan Keadilan Amerika Syarikat juga memperincikan bagaimana AS$681 juta mengalir dari 1MDB ke akaun Ambank yang dimiliki oleh “Malaysian Official 1”.

Menteri kabinet, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengesahkan “Malaysian Official 1” adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun menegaskan fakta bahawa Najib tidak dinamakan dalam saman itu menunjukkan bahawa tindakan Amerika bukannnya terhadap perdana menteri.

Tuntutan mahkamah itu adalah untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion di Amerika Syarikat yang dipercayai diperoleh dengan menggunakan dana daripada 1MDB.
Mereka yang dinamakan dalam tuntutan mahkamah itu adalah termasuk anak tiri Najib, Riza Aziz dan rakan keluarga mereka, iaitu ahli perniagaan Jho Low.

Najib secara konsisten menafikan beliau menyalahgunakan dana awam, dan berkata mereka yang dinamakan dalam saman pelucuthakan sivil berkenaan perlu membersihkan nama mereka.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2cRZ62R

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.