Rasa Diri Ditipu ‘Wedding Planner’ Sehingga RM14.9K, Pengantin Luah Rasa Geram
Rasa Diri Ditipu ‘Wedding Planner’ Sehingga RM14.9K, Pengantin Luah Rasa Geram
Seorang pengantin baru telah meluahkan perasaan marahnya ke atas seorang wedding planner kerana merasakan dirinya telah ditipu.
Pengantin perempuan bernama Amila, telah berkongsi kisahnya membelanjakan hampir RM14 ribu untuk majlis resepsi perkahwinannya.
Namun apa yang dia dapat memang tidak setimpal dengan bayaran yang dikenakan oleh wedding planner terbabit.
Jom baca kisah ini:
Wedding Planner Bernama Nora
Dah lama dah pendam hal ni. Tapi sebab baru2 ni DJ majlis wedding aku dah mula post pasal aku taknak bayar payment kat bridal yg handle majlis aku siap screenshot profile FB aku dan suami aku, so di sini aku nak counterback apa yang dia cakap pasal aku dan suami aku.
Aku jumpa wedding planner area Kuantan kat group whatsapp. Lets we all call her Nora.
Perjanjian awal dulu dengan harga RM14,900, aku dijanjikan hidangan makanan RM9.90 untuk 500 pax, pakej pelamin RM4k, DJ RM600, dan dewan yg mana dia quote RM4.7k yg mana mama dah start rasa tak logik tapi percayakan jugak dia.
Nora jugak offer percuma pakej spa sebelum dan selepas majlis, bilik hotel untuk satu malam, kaunter aiskrim, dan berinai.
Baju Tak Berkenan
Sepanjang tempoh sebelum majlis tu, macam2 la berlaku. First of all, aku percaya dia dah lama buat keje bridal cuma takdak butik je. Barang2 pelamin dia simpan kat rumah. Okay takpe, aku niat nak tolong dia skali alang2. Baju pengantin kitorang pergi ke bridal2 lain untuk sewa. Tapi butik2 yang dia bawak, satu pun kitorang (aku dan mama) tak berkenan. Ada, tapi kat kemaman. Jauh katenye.
Last skali Nora suruh aku pilih nak kain yang mana. Dia nak hantar jahit sendiri alang2 boleh jadi collection dia. Dengan takde kate ade kos tambahan apape, aku pun pilih laaa siap bagitau design yang aku nak.
Tukar Katerer
Suatu hari yg lain pulak dia mesej aku cakap tukar katerer. Sbab dia ada kenal tukang masak katering. Aku pun okey kan je la sbab dia kate orang tu masak sedap. Hari lainnya pulak dia mesej aku lagi cakap meja untuk VIP boleh dapat 2 buah je. Puncanya sebab kitorang tak bayar katerer so diorang taknak kasi. Aku macam, what the heck. Boleh je kan sediakan sbabnye lepas majlis still kene bayar untuk kos same jugak. Tapi aku sabar je dan okey fine pape je la.
Mandi Bunga, Berinai Huru Hara
Seminggu sebelum majlis. Dia baru nak tanya aku bila aku nak mandi bunga. Aku cakap la Khamis. Sebab malam tu nak berinai. Esok malamnye akad nikah dah. Dia kata okey je.
Tibe hari Khamis, aku tanye bile aku boleh pergi spa dia. Dia kata tak sempat la nak spa apa semua sbab busy persiapan. Dia kata kat aku patutnye aku buat spa seminggu sbelum majlis. Bengang btul, aku cakap kat dia, masa aku kate nak buat Khamis, dia kata okey je. Apahal harini tak boleh pulak?? Dia kata kalau mandi bunga sempat la malam ni sebelum berinai. Aku pun cam, fine.
Aku buat sendiri facial sbab malas dah nak keluar pergi cari salun lain. Nora datang lewat malam hari Khamis tu, sempat aku bakar brownies sebijik untuk goodies tunggu dia kate nak datang lepas Asar.
So konfem la mandi bunga takde kan? Aku buat-buat tak ingat pasal mandi bunga dan teruskan berinai. Dah la inai tu awal2 dia cakap design simple je. Wedding wei, bukan bertunang. Aku nak berhias sekali je seumur hidup. Tapi sbab aku baik, aku diam je la.
Pelamin
Lepas akad nikah, aku ke dewan untuk tengok keadaan. Pelamin baru nak pasang. Pastu Nor panggil aku ke tepi, mintak sign agreement mengatakan aku dah bayarRM7k. Aku baca betul2 ea. Takde mengatakan pun aku kene bayar balance berapa. Tarikh pun aku tak tulis bila nak bayar balance tu.
Masa hari kejadian iaitu majlis persandingan aku Sabtu 27hb Ogos 2016. Aku tengah mekap bila aku mintak makcik aku whatsapp gambar pelamin. Damn. Simple gila. Pelamin tunang aku lagi cantik okeyyyy. Fine la kerusi bulan tu aku dan suami aku setuju nak guna (menyesal betul). Masalahnya hiasan pelamin tak sepadan langsung fengan harga pakej dia bagi. Kat KL kalau pelamin RM4k meriah eksklusif dah. Aku dah start down da. Mase tu aku terdetik nasib baik la mekap ni makcik aku yg kerja make up artist ni buatkan. Kalau harap si Nora tu cari orang, entah ape jadi dengan muka aku.
Masa mekap tu jugak Nora whatsapp kata dia tengah angkut makanan katering sbab katanya van katering rosak. Haihhh. Aku tak reply.
Cikai Weh..
Sampai dewan, tunggu rombongan suami aku sampai. Aku try jenguk dalam dewan. Orang tak ramai mane pun. Berarak masuk ke dalam dewan, aku toleh ke kanan aku. Meja buffet dah kosong. Meja makan pun banyak kosong. Okay takpe.
Duduk bersanding, tiba waktu untuk makan beradap. Cikai weh aku bagitau ni. Aku pernah part time katering kot. Meja makan pengantin dalam pakej RM450 tapi hampeh. Ayam golek seekor aku agak Nora tu beli depan butik dia. Yg lain semua menu katering. Dah la nasi keras. Air dalam jag macam korang datang makan rumah aku.
Pengapit yg kena berdiri serve makanan. Di seberang meja, rombongan saudara suami aku dari Johor datang. Mak mentua aku cakap diorang tak dapat makanan. Terkejut aku. Padahal diorang masuk tu baru dewan penuh. Aku down lagi level 99999. Sudu nak makan takde. Nak ceduk lauk pun takde. Tunggu la plak adik aku pergi cari. Aku makan sikit je. Tak selera betul. Padahal lapar. Aku perhati mama ke hulu ke hilir borak ngan tetamu.
Makanan Habis Kul 1
Selesai potong kek, sesi bergambar. Tetamu beransur, rombongan family mentua aku balik, aku ronda dewan. Pergi kat mama, kat saudara2 aku. Rupanya makanan habis pukul 1 petang lagi. Mujur kawan mama, aku panggil Umi Zira, terus pergi beli lauk masak sendiri kat rumah dia sebaik saja dia tengok lauk katering mula2 sampai dewan. Dia dah agak dah lauk tak cukup. Memang tak macam untuk 300 orang pun. Padahal order 500 pax. Pukul 3 baru makanan sampai dewan semula. Menangis aku kat bahu Umi terharu dia susah payah tolong majlis aku. Baik aku bayar dia kalau macam ni jadinya. Nora? Batang hidung pun tak nampak. Dah la kata nak bagi kaunter aiskrim. Takde pònnn. Tau tak, tisu, sudu garfu nak makan bihun sup yg katerer sediakan, air mineral berkotak kotak tu semua mama aku kene beli sendiri.
Malu Kat Family
Sakit hati gila rasa. Malu kat family suami, family aku sbab diorang datang dari Kelantan kot tapi kene buat kerja macam pramusaji dah. Segan kat kawan2 aku datang jauh2 tapi makanan habis.
Malu malu malu!!! Aku sorok kesakitan hati aku dengan layan je cameraman aku bersesi photoshoot lepas tu keluar pergi outdoor. Masa tu Tuhan je tahu betapa aku sedih tengok saudara mara aku masih kat dewan kemas2 meja sbab katerer tak sediakan orang untuk clean table.
Minta Payment
Lepas majlis, si Nora tu beraninya mintak balance payment tanpa rasa bersalah. Dia tak tanya langsung apa feedback aku. Yg dia tahu bila aku nak bayar. Aku malas reply mesej dia. Aku suruh dia deal dengan mama sbab yg membayar tu mama. Bukan aku.
Kitorang ignore dia sampai dia ugut nak buat report. Memang menyirap betul, kalau dia buat report, aku pun akan buat report.
Aku Akan Saman
Aku akan saman dia sebab memalukan aku dan family. Dah la aku kawen skali seumur hidup tapi macam ni yg aku dapat. Lagi menyirap bila aku postmortem ngan family, dapat tahu price dewan RM3500 okeyyy. Makan tu tak sampai 300 pax pun. Makan beradap macam hampeh. Lagi nak kami bayar habis? Kawan adik aku pun cakap wedding aku ni bernilai RM7k je. Lg nak aku bayar penuh RM14.9k??? Macamane kami tahu tetamu tak sampai 500? Kami buat goodies 400 je tu pun banyak lagi tak habis tau!? Tak sampai 300 pun tetamu. Mama dah lama bisnes katering dulu, kawan2 dia ramai katerer dan aku pun penah keje katering. So part mana dia nak kencing kitorang??
Kes DJ Tak Bayar
Sekarang Nora suruh DJ tu mintak aku setelkan bayaran sbab DJ tu takdapat payment punca dari aku. Dia ugut nak report polis jugak. Report la. Ingat aku takut?? Silap2 Nora tu kene bayar gantirugi nak tutup malu family aku. Dia post FB kan. Tengok sekarang turn aku pulak. Aku takkan halalkan duit mas kawen aku dahulukan utk bayar dia dulu. Semoga kau melingkup ya.
Ini beberapa keping gambar yang dikongsinya:
The post Rasa Diri Ditipu ‘Wedding Planner’ Sehingga RM14.9K, Pengantin Luah Rasa Geram appeared first on PenMerah.com.
Penyumbang : PenMerah.com
Post a Comment