Tanggung Sendiri ‘Gurauan Bodoh’, Kata Menteri Luar Australia
Sembilan warga Australia yang ditahan oleh polis kerana kerana berbogel sehingga menampakan seluar dalam ketika perlumbaan Grand Prix Malaysia di Sepang perlu berdepan dengan tindakan undang-undang akibat “gurauan bodoh” mereka, kata menteri luar Australia.
Gambar dan video kumpulan itu yang minum bir dari kasut mereka ketika memakai seluar yang terpampang dengan corak bendera Malaysia pada perlumbaan Ahad lalu mengundang bantahan di media sosial dan akhbar Malaysia, yang menyifatkannya sebagai satu tanda penghinaan.
Kejadian itu juga menarik perhatian di Australia dan mencetuskan perdebatan berhubung toleransi di negara berkenaan dengan kelakuan tidak senonoh oleh rakyatnya di luar negara.
“Tidak ada alasan dengan mengatakan ini adalah kelakuan rakyat Australia.
“Dakwaan ini adalah hanya gurauan yang akan dianggap sebagai perkara kecil di Australia, (namun) kamu perlu menghormati undang-undang negara yang kamu lawati,” kata Menteri Luar Julie Bishop yang dipetik Channel Nine di Sydney.
Bishop berkata kerajaan Australia akan menyediakan sokongan konsular kepada rakyatnya itu termasuk seorang daripada mereka yang adalah penasihat kepada Menteri Industri Pertahanan, Christopher Pyne.
Sembilan lelaki itu ketika ini berada dalam tahanan reman sementara menunggu siasatan untuk perbuatan yang memalukan di tempat awal serta provokasi, lapor agensi berita, Bernama memetik polis tempatan.
Kumpulan itu meraikan kemenangan yang diraih pelumba Australia, Daniel Ricciardo yang merangkul kemenangan F1 pertamanya musim ini sambil meniru tradisi yang dilakukan oleh pelumba minum daripada kasut mereka.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed memberitahu kepada pemberita, semalam bahawa polis akan menyiasat sebelum mengesyorkan pertuduhan kepada Peguam Negara.
Pada Jun 2015, empat pelancong Barat didenda dan dihantar pulang dari Malaysia selepas bergambar bogel di puncak Gunung Kinabalu di Sabah sekali gus mencetus kemarahan penduduk tempatan yang menganggapnya sebagai suci.
Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2dIa2kw
Post a Comment