Lelaki Ditahan Atas Dakwaan Buat Kenyataan Jelik Ke Atas Anak TMJ
Seorang lelaki yang disyaki menjadi individu bertanggungjawab membuat kenyataan jelik berkaitan dengan status anakanda Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini, ditahan polis semalam.
Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Jalan Masjid Wakaf Baru di Kelantan, kira-kira 11 pagi semalam.
Ia ekoran laporan polis yang dibuat di Jhor Bahru pada malam 29 September mengenai penyalahgunaan laman media sosial, Facebook.
Wan Ahmad Najmuddin berkata kenyataan yang dimuat naik itu berkaitan dengan status anakanda Tunku Ismail.
“Hasil daripada tangkapan itu, sekeping sim kad yang dipercayai digunakan oleh suspek bagi membuat kenyataan jelik itu turut dirampas,” katanya dalam kenyataan semalam.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 (10)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2ddyaMf
Post a Comment