Hi! Welcome Back and Stay Tune! Boleh AG Menolak Permintaan MLA Pihak Berkuasa Asing? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Boleh AG Menolak Permintaan MLA Pihak Berkuasa Asing?

download-8

 

Adakah Malaysia cuba mengelakkan diri berhubung permintaan Pejabat Peguam Negara (OAG), Switzerland buat kali kedua, untuk mendapatkan bantuan guaman bersama (MLA) dalam siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dan pengubahan wang haram membabitkan 1MDB?

Persoalan yang berlegar selepas permintaan kedua untuk bantuan mengikut Perjanjian Bersama Bantuan Perundangan Antarabangsa adalah sama ada Malaysia cuba menjarakkan diri, atau sama ada kertas diplomatik “didapati telah hilang”.

Perjanjian Bersama Bantuan Perundangan Antarabangsa adalah perjanjian antara dua atau lebih negara bagi tujuan pengumpulan dan pertukaran maklumat dalam usaha untuk menguatkuasakan undang-undang awam atau undang-undang jenayah.

Siasatan Swiss tertumpu kepada penipuan berdasarkan satu bentuk skim “Ponzi”, di mana pulangan bagi pelaburan asal dibayar daripada dana yang diperolehi daripada pelabur berikutnya, dan bukannya daripada hasil sah pelaburan berkenaan.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam jawapannya pada 6 Oktober lalu berkata pihaknya belum menerima sebarang permohonan tambahan MLA daripada OAG Switzerland.

“Bagaimanapun, pihak Peguam Negara ingin menekankan komitmen kami dalam kerjasama antarabangsa dan akan mempertimbangkan sebaik mungkin permintaan ini berlandaskan undang-undang sedia ada apabila ia diterima menerusi saluran diplomatik, seperti mana ditetapkan undang-undang negara berhubung bantuan bersama perundangan,” kata Jabatan Peguam Negara berkata dalam satu kenyataan.

Undang-undang yang berkaitan mengenai perkara ini ialah Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002.

Di bawah Akta ini, permohonan itu perlu dibuat oleh peguam negara di negara asing yang berkenaan kepada Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2e7kibv

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.