Papa Dari Muda Sampai Ke Tua Meringkuk Di Penjara
Nurul Izzah Anwar berkata, walau apapun berlaku dalam kes rayuan ayahnya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) bersabitan kes Liwat II hari ini, beliau berharap agar rakyat meneruskan obor perjuangan bekas ketua pembangkang itu.
Nurul Izzah yang juga merupakan puteri sulung kepada Anwar, berkata, semangat perjuangan ayahnya perlu diteruskan, sepertimana yang telah beliau perjuangkan demi masa hadapan Malaysia yang lebih baik.
”Jangan bersedih…kita lakukan apa sahaja untuk membebaskan Anwar, membebaskan masa hadapan kita.
“Anwar bukan sahaja 689 hari dipenjarakan…sebelumnya 10 tahun meringkuk dalam penjara, dari zaman muda sampai ke tua…namun kita jangan putus harap, terus mara ke hadapan dan jangan sesekali putus semangat semoga ALLAH beri kita kekuatan,” katanya dalam ucapan di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya hari ini.
Terdahulu seawal jam 8.30 penyokong Anwar penuhi pekarangan Istana Kehakiman untuk memberi sokongan moral terhadap Anwar.
Hari ini akan menyaksikan hari terakhir untuk Anwar menggunakan saluran perundangan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2e7lBYg
Post a Comment