Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Kor Ming Hanya Berpura-Pura’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Kor Ming Hanya Berpura-Pura’

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

 

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dilihat hanya berpura-pura mahukan undang-undang berkaitan anti lompat parti sebaliknya menyokong tindakan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, apa yang diperkatakan Kor Ming sekadar cuba memperlihatkan kononnya diri beliau dan DAP paling suci dan terbaik menentang sebarang usaha lompat parti.

Katanya, di sebalik kenyataan itu, Ahli Parlimen Taiping itu sendiri mengalu-alukan tindakan Adun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai Amanah daripada Pas.

“Saya ingin menegaskan YB Nga (Kor Ming) tidak perlu berlakon dan berpura-pura seolah-olah dia pejuang anti-lompat parti.

“Kenapa beliau mahu mencabar saya. Cabarlah orang yang mengemukakan cadangan itu sendiri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Seperkara lagi kalau beliau jujur, saya mencabar beliau menempelak tindakan Nizar yang melompat parti dari Pas ke Amanah,” katanya.

Zambry berkata demikian sebagai mengulas cabaran yang dinyatakan Kor Ming dalam satu sidang media kelmarin apabila mahu enakmen anti lompat dibentang dan diluluskan dalam Sidang Dun Perak.

Katanya, lebih hipokrit lagi, pakatan pembangkang khususnya DAP terus menobatkan Mohammad Nizar sebagai Ketua Pembangkang.

“Inilah tingkah laku Kor Ming dan DAP iaitu apa saja tindakan mereka disucikan dan dihalalkan,” katanya.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2e7k9Fb

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.