Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pilih Kebebasan Bukan Penindasan, Rayu Anwar Dari Penjara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pilih Kebebasan Bukan Penindasan, Rayu Anwar Dari Penjara

download-6

 

Menulis di sebali tirai besi, mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini meringkuk di Penjara Sungai Buloh merayu rakyat negara ini supaya bangkit dan memilih kebebasan dan bukannya membiarkan diri mereka ditindas seperti keadaan hari ini.

“Sebahagian besar rakyat kita mahu demokrasi. Saya dipenjarakan untuk mengalang pakatan pembangkang daripada menyatukan rakyat majmuk ini mencapai menjadi sebuah Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

“Rakyat Malaysia yang mahu Perdana Menteri Najib (Razak) dan kerajaan bertanggungjawab terhadap salah laku mereka dan membawa perubahan memerlukan sokongan lebih bermakna daripada masyarakat antarabangsa,” kata Anwar dalam sebuah ulasan untuk akhbar The Washington Post di Amerika Syarikat.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata beliau telah mengorbankan segala-galanya dalam perjuangan untuk membebaskan Malaysia dari apa yang beliau percaya adalah rejim pemerintah yang menindas rakyat kerana mempercayai bahawa negara ini boleh mencapai tahap lebih tinggi.

Beliau berharap bahawa rakyat juga akan melihat kemampuan mereka untuk menjadi lebih besar dan tidak tunduk menjadi sebuah negara yang gagal.

“Pemenjaraan adalah pengorbanan saya dalam perjuangan untuk pendemokrasian negara tercinta ini.

“Walau bagaimanapun, pertaruhan Malaysia adalah lebih besar berbanding sekadar kebebasan peribadi saya.

“Persoalannya sekarang ialah sama ada Malaysia, sebuah negara yang mempunyai potensi besar, akan bangkit menjadikannya kenyataan, atau sama ada sebaliknya menjadi sebuah negara gagal?” soal Ketua Umum PKR itu.

 



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2e2YMQR

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.