Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tanda Pasangan Anda Mulai Bosan Dengan Anda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tanda Pasangan Anda Mulai Bosan Dengan Anda

Setiap pasangan inginkan perhubungan yang berkekalan hingga ke gerbang perkahwinan. Tetapi tak semua perhubungan berakhir dengan perkahwinan. Hanya segelintir pasangan yang berjaya meneruskan perhubungan hingga ke gerbang perkahwinan. Ini kerana terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pasangan anda beralih arah terutamanya ialah faktor pasangan anda bosan dengan anda.

Bagi yang peka, pasti dapat merasa perubahan yang berlaku terhadap pasangan anda, tapi bagi yang kurang berpengalaman mungkin info ini dapat membantu anda mengetahui adakah pasangan anda mulai bosan dengan anda atau tidak.

1. Lambat balas whatsapp / wechat
– Jika dulu pasangan anda cepat membalas segala Whatsapp atau text daripada anda. Tetapi sekarang tidak lagi, pasangan anda lambat balas whatsapp anda walaupun anda sedar pasangan anda itu sedang dalam talian atau sedang online.

2. Sibuk
– Pasangan anda sering memberitahu bahawa dirinya sibuk padahal sebelum ini pasangan anda tidaklah sesibuk mana.

3. Balas whatsapp atau text dengan ayat yang pendek
– Jika dulu pasangan ada suka menceritakan sesuatu perkara dengan lebih detail tetapi sekarang hanya membalas sepatah dan seperti tidak mesra seperti dulu.

4. Tidak lagi memulakan perbualan
– Pasangan anda tidak lagi menjadi orang yang pertama mengucapkan selamat pagi bahkan anda yang selalu yang memulakan perbualan kepadanya.

5. Tidak banyak tanya
– Jika dulu pasangan anda banyak tanya perihal diri anda kononnya ingin mengenali anda dengan lebih rapat tetapi kini tidak lagi. Anda yang selalu bertanya kepada pasangan anda.

6. Sering beri alasan jika ingin berjumpa
– Jika dulu pasangan andalah yang sering mengajak anda keluar tetapi kini tidak lagi dan andai anda yang mengajak pastinya pasangan anda banyak memberikan alasan yang tidak masuk akal.

7. Lebih pentingkan handphone daripada anda
– Andai anda berdua keluar bersama, pasangan anda sering dengan telefon bimbitnya seakan telefon bimbitnya lebih penting daripada anda.

8. Tidak peduli tentang anda
– Pasangan anda sudah mula tidak mengambil berat tentang anda, tentang kehidupan anda atau tentang kesihatan anda. Anda sakit atau anda ingin keluar dengan sesiapapun pasangan anda tidak ambil peduli.

Dan sebenarnya ada banyak lagi tanda yang menunjukkan pasangan anda dah bosan terhadap anda. Jika pasangan anda menunjukkan tanda-tanda seperti di atas cubalah untuk memperbaiki hubungan. Kaji selidik apakah yang menyebabkan pasangan anda bosan dengan anda, adakah pasangan anda rasa diabaikan atau sebagainya?



Sumber : Oh My Media TV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.