Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gagal bayar GST RM4.2 juta: Dr Vida hadapi 32 pertuduhan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gagal bayar GST RM4.2 juta: Dr Vida hadapi 32 pertuduhan

IPOH: Pemilik dan pengasas produk Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dihadapkan ke mahkamah sesyen, di sini hari ini atas 32 pertuduhan di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Hasmiza, 45, atau lebih dikenali Dr Vida Vida mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran bagi semua pertuduhan dibacakan masing-masing 16 di bawah Seksyen 41(7) dan Seksyen 41(6) Akta GST 2014 yang dilakukan dalam tempoh April 2015 hingga Julai 2016.

Dr Vida didakwa gagal mengemukakan penyata dan gagal membayar cukai GST membabitkan jumlah kira-kira RM4.2 juta sejak April 2015 hingga Julai 2016.

Mahkamah membenarkan wang jaminan berjumlah RM1.76 juta bagi kesemua pertuduhan.

Mahkamah juga menetapkan pasport serta dokumen perjalanan milik tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga prosiding perbicaraan selesai.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Farah Ezlin Yusop Khan sementara tertuduh diwakili peguam Syed Ahmad Syed Abas dan Khairil Azwar Khalil.

Sabit kesalahan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Farah Ezlin Yusop Khan manakala tertuduh diwakili peguam Khairilazwar Khalil dan Syed Ahmad Syed Abas.

Sebutan semula kes pada 15 Nov ini.



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.