Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Konsep) BMW Motorrad VISION NEXT 100- Motosikal Mampu Berdiri Sendiri Dengan Kaca Mata Realiti Maya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Konsep) BMW Motorrad VISION NEXT 100- Motosikal Mampu Berdiri Sendiri Dengan Kaca Mata Realiti Maya

Rekabentuk motosikal tidak mengalami perubahan yang drastik sejak ia dihasilkan pada tahun 1885. Masalah utama penunggang motosikal pastinya dalam hal keselamatan. Di Malaysia penunggang motosikal ialah penyumbang utama kematian di atas jalan raya. BWM Motorrad VISION NEXT 100 ialah konsep motosikal masa hadapan yang cuba menyelesaikan masalah keselamatan ini.

bmw-motorrad-konsep-2 Motosikal berkuasa elektrik ini mempunyai sistem suspensi yang terletak di dalam tayar. Ketebalan tayar akan berubah secara automatik mengikut keperluan pemanduan. Apabila tidak bergerak tayar menjadi amat lebar dan membolehkannya berdiri tanpa memerlukan tongkat.

Pada waktu yang sama kaca mata realiti maya yang dipakai penunggang menunjukkan kelajuan, sistem navigasi GPS dan sistem amaran bahaya yang mungkin wujud. Inovasi konsep tidak terhenti di sini. Sebuah sut memandu pintar turut dibangunkan. Ia memberikan input haptik kepada penunggang apabila ia mengesan kenderaan yang muncul dari belakang. Jadi menurut pandangan BMW motosikal masa hadapan menggabungkan teknologi mesra alam dengan pelbagai teknologi pintar bagi memastikan keselamatan penunggang.

bmw-motorrad-konsep-5






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2dYyikp

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.