Hi! Welcome Back and Stay Tune! Canon Melancarkan PIXMA Ink Efficient E & G Series – Pencetak Dengan Fungsi Penjimatan Dakwat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Canon Melancarkan PIXMA Ink Efficient E & G Series – Pencetak Dengan Fungsi Penjimatan Dakwat

Canon pada tahun ini telah memasuki ulang tahun mereka yang ke-20 sebagai jenama pencetak inkjet no. 1 di Malaysia secara berturut-turut. Mereka meraikannya dengan melancarkan beberapa siri pencetak, bermula dengan PIXMA Ink Efficient E & G Series — untuk pengguna di rumah, perusahaan, dan perniagaan secara kecil-kecilan.

Di bawah siri E ini, ia telah hadir dengan dua model utama iaitu PIXMA E410 dan PIXMA E470.

PIXMA E410 menawarkan fungsi pencetakan kos rendah yang mampu mencetak sehingga 400 cetakan monokrom atau sehingga 180 cetakan berwarna untuk penggunaan satu-satu katrij. Sementara bagi model PIXMA E470 pula, ia telah menawarkan fungsi WiFi untuk pencetakan tanpa wayar selain turut menawarkan fungsi penjimatan yang serupa seperti PIXMA E410.

canon-dsc_3728

Fungsi pencetakan tanpa wayar ini membolehkan pengguna mencetakan dokumen daripada pelbagai peranti seperti komputer dan telefon pintar terus melalui perkhidmatan Google Cloud Print. Ia juga boleh disambungkan dengan aplikasi Canon PRINT Injet/SELPHY dalam memudahkan anda menjana kandungan yang dioptimasikan untuk pencetak ini terus melalui peranti Android.

Bagi perniagaan kecil pula, Canon telah menawarkan PIXMA Ink Efficient G4000 iaitu pencetak dengan muatan dakwat yang diboleh diisi semula. Ia mampu mencetak sehingga 6,000 cetakan monokrom dan 7,000 cetakan berwarna bagi penggunaan satu botol dakwat yang dikeluarkan oleh Canon.

e-g-series-dsc_3717

e-g-series-dsc_3742

Dari segi harga, ia telah ditawarkan pada harga RM254 untuk model PIXMA E410 manakala model PIXMA E470 pula telah dijual pada harga RM314. Bagi yang ingin mendapatkan PIXMA G4000, ia bakal berada di pasaran sekitar November ini dengan harga RM1011.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2dYXgQs

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.