Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tidak Ada Kepentingan Rebut Jawatan PM, Kata Anwar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tidak Ada Kepentingan Rebut Jawatan PM, Kata Anwar

Anwar Ibrahim

 

Kepentingan rakyat dan negara buat masa ini akan mengubah sistem kerajaan sedia ada, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan kenyataan itu melalui isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah berkata, tidak ada kepentingan buat Anwar bertanding atau merebut jawatan perdana menteri.

“Ada satu soalan yang diajukan kepadanya iaitu adakah beliau (Anwar) masih mahu bertanding.

“Beliau kata ia tak penting tapi yang lebih penting perlu tukar kerajaan yang menindas kita,” katanya selepas selesai menghadiri prosiding yang membabitkan suaminya di Mahkamah Persekutuan, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai prosiding yang berjalan di mahkamah, Wan Azizah memuji hujah pasukan peguam yang mewakili Anwar.

“Hujah mereka memang terbaik sepanjang prosiding tadi.

“Anggap sahajalah semua ini ujian untuk kita dan Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, Wan Azizah juga sempat berkongsi keadaan semasa suaminya itu kepada penyokong-penyokong Himpunan Bebaskan Anwar bersebelahan perkarangan Mahkamah Persekutuan.

“Terima kasih kepada semua yang bersusah payah datang. Beliau sampaikan salam dan doa untuk kita semua supaya kita dapat menukar dan ubah sistem kerajaan sekarang ini.

“Beliau sihat tapi keadaan tangannya tidak berapa baik. Pada hari jadinya yang lepas beliau ada berkata, kalau tak boleh angkat tangan kanan.

“Angkatlah tangan kiri kalau tidak boleh sikit pun kita boleh berdoa, asalkan ada sumbangan sikit pun jadilah,” katanya lagi sebelum meminta kumpulan penyokong himpunan bersurai.



Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2e7jIe4

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.