Dr M: Tukang Masak Saya Pun Najib Nak Tukar
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdesak untuk melemahkan semangat beliau.
Mahathir mendakwa, untuk itu, Najib terus melakukan pelbagai tindakan, termasuk melibatkan pihak sekelilingnya.
“Sesungguhnya Najib amat terdesak untuk melemahkan semangat saya juga.
“Bukan sahaja escort (pengiring) motosikal polis ditarik balik tetapi pegawai saya dan tukang masak saya pun hendak ditukar,” kata bekas perdana menteri itu dalam tulisan terbaru di blognya.
Selain itu beliau turut mendakwa disekat daripada berhubung dengan kakitangan syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad (Proton).
Katanya, orang-orang Proton juga tidak dibenarkan bercakap dengan beliau peniaga di kalangan kenalanya tidak dibenarkan pengadakan ‘business’ dengan Proton.
“Tujuan Najib ialah supaya Proton bankrap dan boleh dijual dengan murah.
“Nama saya tidak boleh dikait dengan Proton. Proton hendaklah dijual kepada orang asing 100 peratus supaya industri kereta nasional dihapuskan.
“Hanya kereta import sahaja yang boleh dijual di Malaysia. Jangan ada apa-apa yang dimula oleh saya. Biar hancur industri tempatan asalkan Najib puas hati,” kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu itu.
Tambah beliau, ramai rakyat yang takut didera oleh kerajaan Najib.
“Saya tidak putus asa dan saya percaya rakyat Malaysia akan terus memiliki semangat juang untuk jatuhkan kerajaan kuku besi Najib.
“Mereka tidak takut. Lebih kuat tekanan lebih bencilah mereka terhadap Najib dan Kerajaannya. Semua mereka malu dan tidak ingin melihat negara tercinta ini memiliki seorang PM yang dituduh dan dipercayai oleh seluruh dunia telah lesap (curi) berbilion duit rakyat.
“Saya sedar dan rakyat juga sedar akan tujuan undang-undang baru berkenaan sekuriti. Ia bukan untuk pengganas asing kerana undang-undang sedia ada sudah mencukupi. Ia bertujuan mematah semangat dan memberhentikan sebarang protes terhadap Najib,” katanya.
Sumber : Negara Pakatan Rakyat http://ift.tt/2e7lAUc
Post a Comment