Hi! Welcome Back and Stay Tune! Airbnb Sedang Membangunkan Perkhidmatan Tempahan Penerbangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Airbnb Sedang Membangunkan Perkhidmatan Tempahan Penerbangan

Airbnb Inc sedang membangunkan perkhidmatan untuk membuat tempahan perkhidmatan udara, sekaligus membuatkan startup untuk tempahan bilik atau rumah ini bersaing dengan syarikat seperti Expedia.

Pembangunan untuk fungsi tempahan penerbangan masih pada peringkat awal, dan Airbnb sedang mempertimbangkan beberapa kaedah untuk menyertai perniagaan berkenaan. Airbnb mungkin mengambil-alih agensi pelancongan atau melesenkan data daripada penyedia perkhidmatan. Projek Airbnb ini dikatakan dikenali sebagai Flights.

Penyertaan Airbnb dalam arena ini akan memberikan persaingan kepada perkhidmatan seperti Priceline dan juga Expedia. Margin keuntungan daripada tempahan penerbangan ini dikatakan lebih tinggi daripada tempahan untuk hotel dan bilik.

Ia dikatakan Airbnb telah memperlihatkan konsep pada aplikasi mereka sebelum ini, dimana sebuah bahagian khusus dinamakan Trip Itinerary ditambah. Melaluinya, Airbnb merancang untuk memperlihatkan cadangan untuk harga penerbangan terbaik, masa perjalanan dan cuaca di lokasi.

Buat masa ini, masa pengenalan untuk fungsi ini masih tidak diketahui, tetapi dijangka memperkenalkannya dalam tempoh 18 bulan akan datang.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2h3whaR

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.