Hi! Welcome Back and Stay Tune! LG Hadir Dengan Tablet LG G Pad III 10.1 – Hadir Dengan “Kaki” Yang Memudahkan Menonton Video - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

LG Hadir Dengan Tablet LG G Pad III 10.1 – Hadir Dengan “Kaki” Yang Memudahkan Menonton Video

LG pada bulan Mei lepas telah memperkenalkan tablet dibawah keluarga LG G Pad III pada saiz 8-inci. Terkini, mereka hadir dengan penawaran tablet yang lebih kurang sama tetapi pada saiz lebih besar, dinamakan sebagai LG G Pad III 10.1.

LG G Pad 3 10.1

Tablet baru ini hadir dengan skrin 10.1-inci pada resolusi 1920×1200 pixel. Ia hadir dengan sokongan memori 2GB RAM, dan bateri berkapasiti 6000mAh. Tablet ini dijana menggunakan cip lapan-teras 1.5Ghz, dan dilengkapi dengan kamera belakang dan hadapan 5-megapixel. Sokongan rangkaian LTE juga turut disertakan pada tablet ini.

LG G Pad 3 10.1

Seperti penawaran peranti LG lain, ia turut hadir dijana menggunakan sistem operasi Android 6.0 serta antaramuka LG khusus. Tablet ini juga turut menyertakan kickstand bagi memudahkan para pengguna mendirikan ia ketika menonton video dan sebagainya.

Buat masa ini, tablet ini hanya dipasarkan di Korea Selatan sahaja.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hQ8LLh

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.