TCL Bakal Memperkenalkan Peranti BlackBerry Baru Pada CES 2017
CES 2017 merupakan salah satu acara yang diadakan setiap tahun yang disertai oleh pelbagai pengeluar peranti – dan sejumlah peranti baru akan diumumkan pada acara berkenaan. Terkini, lanjutan daripada pengumuman kerjasama pihak BlackBerry dan TCL dalam melesenkan jenama, kini TCL memperlihatkan bakal memperkenalkan peranti baru pada CES 2017 kelak.
TCL sebelum ini telah hadir dengan dua peranti BlackBerry, iaitu DTEK50 dan juga DTEK60 – kedua-duanya menggunakan skrin sentuh sepenuhnya, dan menjalankan sistem operasi Android.
Apakah peranti baru yang bakal diperkenalkan pada CES 2017 masih menjadi tanda tanya. Melalui salah satu Tweet yang dikongsikan, pihak TCL turut memperlihatkan seumpama bakal hadir dengan telefon BlackBerry yang menyertakan papan kekunci fizikal.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hhdO6z
Post a Comment