Samsung Notebook 9 Dikemaskini Dengan Pemproses Intel Kaby Lake
Komputer riba 2 dalam 1 memudahkan ia digunakan seperti komputer riba biasa ataupun seperti sebuah tablet. Samsung mengemaskini komputer riba 2 dalam 1 Notebook 9 mereka dengan penggunaan pemproses terkini Intel Kaby Lake. Dua versi dihasilkan dengan skrin sebesar 13.3″ dan 15″ dengan kedua-duanya dengan resolusi resolusi HD Penuh.
Model 15″ diperkasakan pemproses Intel Core i7 manakala model 13.3″ dengan pemproses Intel Core i5 atau i7. Storan 256 Gigabyte SSD dipadankan dengan RAM 8/16 Gigabyte DDR4. Terdapat kamera hadapan dengan resolusi HD dan papan kekunci dengan sokongan lampu.
Bateri sebesar 30 Wh digunakan pada kedua-dua model dengan sokongan pengecasan pantas Adaptive Fast Charging melalui port USB-C. Turut disertakan ialah dua port USB 3.0. Tiada maklumat mengenai harga dan ia hanya akan dijual untuk pasaran Korea Selatan buat masa ini.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2i5H6VU
Post a Comment