Apple Akan Memudahkan Pembangun Untuk Membalas Komen Dan Ulasan Di AppStore
Pada kedai aplikasi, salah satu fungsi yang diminati ramai pengguna adalah sokongan memberikan komen, ulasan atau maklumbalas berkenaan sesuatu aplikasi. Dengannya pembangun boleh mendapatkan apa pendapat pengguna – dan mengoptimasikan lagi sesuatu aplikasi berkenaan mengikut citarasa pengguna.
Walaubagaimanapun, sehingga kini,di kedai aplikasi Apple, pembangun tidak boleh memberikan balasan kepada sesuatu ulasan – berbeza dengan fungsi pada Google Play Store. Ia bakal berubah tidak lama lagi, dimana Apple akan membolehkan pembangun untuk membuat balasan kepada pengguna terus pada ulasan yang disediakan.
Ini sekaligus membolehkan pembangun membalas untuk sesuatu komentar, ataupun pada masa yang sama menjanjikan penawaran fungsi baru dan sebagainya – secara terbuka. Ia juga akan tampak sesuatu pembangun itu responsif atau tidak terhadap pengguna mereka, dan menjawab sesuatu kritikan dengan lebih terbuka.
Fungsi ini dijangka akan dapat digunakan oleh para pembangun selepas pengenalan iOS 10.3 dan juga macOS Sierra 10.12.4.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2khKKOk
Post a Comment