Hi! Welcome Back and Stay Tune! Permua Pokemon Duel Dilancarkan Membenarkan Berentap Di Atas Talian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Permua Pokemon Duel Dilancarkan Membenarkan Berentap Di Atas Talian

Apabila Pokemon Go! dilancarkan tahun lalu, ramai yang berharap terdapat fungsi yang membolehkan pemain menentang antara satu sama lain. Sehingga kini fungsi PVP masih belum muncul dan pemain hanya boleh mengumpul Pokemon untuk dijadikan perkasam. Ini adalah mengecewakan kerana di dalam trailer awal Pokemon Go!, fungsi ini diperlihatkan dengan jelas.

The Pokemon Company hari ini melancarkan permua baru Pokemon Duel pada platform Android dan iOS. Ia sebuah permainan strategi yang atas talian yang mempunyai fungsi PVP. Pemain mengumpul figura Pokemon yang kemudian boleh digunakan untuk menentang pemain lain di atas talian. Seperti Pokemon Go! ia boleh dimuat turun percuma tetapi dengan sokongan transaksi mikro.

Muat turun permua Pokemon Duel versi Android di Google Play

Muat turun permua Pokemon Duel versi iOS di App Store






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jXn18D

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.