Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peranti Mewah Vertu Constellation Dilancarkan Dengan Pemproses Snapdragon 820 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peranti Mewah Vertu Constellation Dilancarkan Dengan Pemproses Snapdragon 820

Vertu dan kemewahan tidak boleh dipisahkan seperti Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang. Jenama ini menghasilkan peranti pinta yang mensasarkan golongan hartawan yang mahukan peranti yang mencerminkan status mereka. Mereka melancarkan versi terkini Vertu Constellation yang dilengkapi skrin 5.5″ WQHD, pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan 128 Gigabyte.

Terdapat sokongan kad MikroSD bagi yang memerlukannya. Dari segi optik pula kamera utama sebesar 12-Megapixel dipadankan dengan kamera hadapan 4-Megapixel. Bateri sebesar 3220 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C. Setiap Vertu Constellation dibina menggunakan tangan.

Butang khas perkhidmatan Concierge pada sisi peranti diperbuat daripada batu delima manakala skrin hadapan diperbuat daripada nilam. Akhir sekali pembeli boleh memilih untuk menggunakan kulit haiwan eksotik seperti ular dan buaya sebagai kemasan belakang peranti. Tiada harga diumumkan tetapi seperti biasa ia pasti mencecah puluhan ribu ringgit.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2k1fMfZ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.