Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Ura-Ura) Galaxy S8 Dijangka Diperkenalkan Pada Penghujung Mac – Mungkin Menyertakan Dok Desktop - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Ura-Ura) Galaxy S8 Dijangka Diperkenalkan Pada Penghujung Mac – Mungkin Menyertakan Dok Desktop

Dalam pelbagai peranti Android, peranti flagship keluaran Samsung merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai. Apatah lagi dengan pelbagai info terbaru yang tertiris dari hari ke hari, membuatkan penantian untuk telefon pintar terbaru Samsung berkenaan lebih menarik.

Terkini, mengikut laporan baru daripada Guardion, Samsung dikatakan bakal memperkenalkan telefon pintar mereka sekitar penghujung Mac 2017 ini. Seperti sebelumnya, Samsung dijangka menawarkan telefon pintar terbaru mereka Galaxy S8 dalam dua variasi saiz.

Menariknya, menurut laporan sama, Samsung dijangka menawarkan nisbah skrin ke badan peranti yang sangat tinggi – membuatkan mereka mungkin tidak menyertakan logo pada bahagian hadapan peranti mereka.

Selain daripada itu, Samsung dikatakan akan mengekalkan bicu audio pada telefon pintar mereka – salah satu laporan yang berbeza dengan desas-desus sebelum ini.

Pada Galaxy S8 juga, dengan nisbah skrin ke peranti yang tinggi, Samsung dijangka mengubah kedudukan pengimbas cap jari ke bahagian belakang. Tetapi, mereka dikatakan bakal menyertakan sensor pengimbas mata untuk memudahkan mengakses peranti berkenaan.

Satu lagi desas-desus yang menarik adalah Samsung dikatakan mungkin menyertakan sambungan dok desktop pada telefon pintar Galaxy S8 ini. Laporan terbaru ini selari dengan info sebelum ini mengatakan Samsung Galaxy S8 akan menyertakan fungsi seakan Windows Continuum pada telefon pintar mereka.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Samsung dalam masa sekitar dua bulan lagi.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2khFtXe

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.