Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xperia Z5 Premium Dengan Skrin Paparan 4K Kini Ditawarkan Pada Harga RM1999 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xperia Z5 Premium Dengan Skrin Paparan 4K Kini Ditawarkan Pada Harga RM1999

Sony Xperia Z5 Premium merupakan salah satu peranti yang telah diperkenalkan pada November 2015 yang lepas, dan ia ditawarkan ketika itu pada harga RM3099 di Malaysia. Kini, selang lebih setahun sejak ditawarkan di Malaysia, peranti berkenaan menerima potongan harga dan telah mula dijual pada harga RM1999.

Xperia Z5 Premium menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 4K – yang mana boleh dikatakan resolusi paparan yang sangat tinggi pada sebuah peranti mudah-alih. Seperti ramai sedia maklum, Sony mengoptimasikan paparan pada resolusi rendah, dan menggunakan paparan 4K pada beberapa ketika sahaja. Ini adalah bertujuan untuk menjimatkan penggunaan bateri pada peranti berkenaan.

Sony Xperia Z5

Peranti ini menggunakan cip Snapdragon 810, memori 3GB RAM, dan dilengkapi kamera belakang 23-megapixel. Seperti kebanyakkan telefon Xperia, ia turut dilengkapi sokongan kalis air dan debu.

Bersempena dengan penurunan harga ini (atau mungkin menghabiskan stok), pihak Sony Malaysia turut menawarkan kerangka dan pelindung skrin percuma, selain Xperia DK52 – iaitu dok pengecas USB secara percuma kepada pengguna.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Sony Malaysia hari ini. Selain Xperia Z5 Premium, pihak Sony turut telah membuat potongan harga untuk Xperia Z5 yang dijual pada harga RM1799. Model terkini mereka, Xperia XZ pula masih dijual pada harga RM2699.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ksJ83t

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.