Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tablet Berasaskan Chrome OS Bakal Hadir Daripada Rakan Kerjasama Google - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tablet Berasaskan Chrome OS Bakal Hadir Daripada Rakan Kerjasama Google

Google hari ini melalui laman blog mereka berkongsi beberapa kemaskini berkaitan Chromebook. Dan menariknya, salah satu perkara yang mencuri perhatian ramai adalah Google mengatakan kelak bukan sahaja peranti 2-dalam-1 berasaskan Chrome OS akan berada di pasaran, tetapi juga tablet berasaskan sistem operasi berkenaan.

Bagi yang tidak mengenali akan Chrome OS, ia merupakan sistem operasi berasaskan pelayar web daripada Google – memfokuskan kepada peranti dengan akses kepada internet, dimana pengguna boleh melakukan pelbagai tugasan melalui perkhidmatan seperti G Suite, atau pelbagai aplikasi berasaskan web.

Selain hanya aplikasi berasaskan web, pihak Google turut telah mengumumkan baru-baru ini yang mana semua peranti Chrome OS baru akan menyokong aplikasi Android. Ini secara tidak langsung akan turut memperlihatkan sokongan aplikasi Android pada tablet Chrome OS kelak.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah tablet Chrome OS akan hadir. Ia mungkin menjadi salah satu tablet alternatif kepada mereka yang inginkan sesuatu seperti gabungan tablet Android dan tablet Windows.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jZ31Tj

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.