Google I/O 2017 Akan Diadakan Pada 17 Mei
Google I/O merupakan salah satu acara yang disediakan oleh Google untuk menawarkan pelbagai kemaskini produk semasa mereka kepada para pembangun – dan pada masa yang sama berkongsi bagaimana pembangun boleh mengambil kelebihan platform Google pada produk mereka.
Setiap tahun, pada acara berkenaan, Google akan berkongsi ciri-ciri baru sistem operasi Android, Chrome OS, Android Wear dan pelbagai platform lain Google. Tahun ini Google I/O diadakan pada 17 sehingga 19 Mei 2017.
Around the world, from here to there, to the most clever minds, the secret will share. #googledevs #savethedate https://t.co/0zwCbSLzVy http://pic.twitter.com/0O2vNDWZx2
— Google Developers (@googledevs) January 24, 2017
Berbeza dengan pengumuman tahun lalu menerusi akaun Twitter @SUNDARPICHAI , tahun ini pengumuman tarikh dilakukan menerusi tweet berbentuk teka-teki oleh @AndroidDev. Lima teka-teki diberikan dan apabila diselesaikan memberikan tarikh 17-19 Mei 2017 dan lokasi di Shoreline Amphitheatre Mountain View, California.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jPTOtW
Post a Comment