Ini Adalah “Kejutan” Dari Telekom Malaysia Untuk Anda Yang Tidak Menerima Naik-Taraf Kelajuan
Selari dengan Belanjawan 2017 yang diumumkan oleh kerajaan, pihak Telekom Malaysia telah mula menawarkan penaik-tarafan pakej kepada pengguna Unifi terpilih sejak daripada minggu lepas. Seperti ramai sedia maklum, pengguna dengan pakej 30Mbps dinaik-taraf kepada 50Mbps, sementara pengguna dengan pakej 50Mbps pula dinaik-taraf kepada 100Mbps.
Walaubagaimanapun, beberapa pengguna Unifi tidak menerima penaik-tarafan berkenaan disebabkan oleh beberapa kekangan. Antaranya adalah disebabkan had teknikal dan sokongan infrastruktur di lokasi pelanggan, selain berkemungkinan pelanggan turut telah melanggan pakej paling tinggi daripada UniFi. Selain untuk pelanggan berkenaan, Telekom Malaysia juga turut menyediakan penawaran dan sedikit ganjaran kepada pelanggan Streamyx dan juga TM Homeline.
Daripada perkongsian pihak Telekom Malaysia kepada kami, para pelanggan yang tidak menerima penaik-tarafan kelajuan akan ditawarkan dengan beberapa pilihan, dan antaranya adalah:
- Potongan RM10 untuk langganan Webe untuk tempoh 12 bulan akan datang.
- Langganan HyppTV Pack percuma untuk tempoh 12 bulan sekiranya pelanggan UniFi berkenaan tidak melanggan kepada pakej HyppTV tambahan.
- 2 VOD percuma selama 4 bulan sekiranya melanggan pakej HyppTV tambahan.
- Kupon GemFive bernilai RM25 untuk digunakan sekali bagi pembelian melangkaui RM100.
Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan Telekom Malaysia seperti UniFi, Streamyx atau TM Homeline, boleh menyemak apakah “kejutan” yang ditawarkan untuk akaun anda melalui laman TM Thank You Surprise.
Layari : TM Thank You Surprise
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2k1SoPs
Post a Comment