Asus Zenfone AR Dilancarkan Dengan Sokongan Project Tango – Hadir Menyertakan Memori 8GB RAM
Asus hari ini telah melancarkan salah satu telefon pintar yang telah diperkatakan dan tertiris sebelum ini, iaitu Asus Zenfone AR. Melaluinya, Asus menjadi pengeluar kedua yang memperkenalkan telefon pintar memfokuskan teknologi augmented-reality daripada Google melalui apa yang dipanggil Project Tango.
Untuk sokongan berkenaan, Asus Zenfone AR menyertakan kamera belakang 23-megapixel yang turut hadir dengan sensor untuk memantau gerakkan dan juga kedalaman sesuatu persekitaran. Dengannya, pengguna dapat menikmati penawaran augmented-reality yang baik serta menyokong sejumlah aplikasi yang dibangunkan khusus untuk Project Tango.
Dari segi spesifikasi, Asus Zenfone AR hadir menggunakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan resolusi 2560×1440 pixel, dijana menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 821, dan memori sehingga 8GB RAM. Dengan spesifikasi dan skrin berkenaan, ia juga turut menyokong DayDream untuk menikmati kandungan realiti-maya.
Asus Zenfone AR menggunakan Android 7.0 Nougat, dan dijangka dipasarkan oleh Asus bermula suku kedua 2017 kelak.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iRdaOo
Post a Comment