Hi! Welcome Back and Stay Tune! Griffin Menghasilkan Penyesuai Magnetik Seakan MagSafe Untuk Pelbagai Jenis Kabel USB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Griffin Menghasilkan Penyesuai Magnetik Seakan MagSafe Untuk Pelbagai Jenis Kabel USB

Penggunaan port USB-C pada MacBook 2015 menimbulkan rasa kurang senang di kalangan peminat komputer riba Apple. Pada model terkini MacBook Pro 2016, Apple sekali lagi menggunakan sistem pengecasan USB-C dan tidak lagi menyertakan sistem pengecasan MagSafe. Bagi pemilik MacBook Pro 2016 yang mahukan pengecas seakan MagSafe, aksesori kabel pengecas magnetik telah dihasilkan oleh Griffin.

BreakSafe Hi-Power Magnetic USB-C Breakaway Cable ialah kesinambungan kepada kabel BreakSafe yang mereka hasilkan tahun lalu. Kabel baru ini direka untuk kapasiti 100 Watt bagi membolehkan ia mengecas MacBook Pro 2016.

Mereka turut menghasilkan penyesuai USB BreakSafe yang membolehkan aksesori yang menggunakan USB-A (seperti tetikus dan mesin cetak) untuk mempunyai sambungan magnetik. Akhir sekali BreakSafe Wall Charger pula membolehkan sebarang kabel pengecas peranti pintar untuk mempunyai fungsi yang sama. Harga jualan aksesori BreakSafe bermula dari $19 (RM 90) sebuah.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iT4R4J

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.