Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy A7 Dan A5 2017 Dilancarkan Di Malaysia Harga Bermula RM1699 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy A7 Dan A5 2017 Dilancarkan Di Malaysia Harga Bermula RM1699

Peranti Samsung Galaxy A7 dan A5 2017 dilancarkan secara rasmi di Malaysia hari ini. Kedua-dua peranti kelas pertengahan ini mempunyai  ketahanan kalis IP68 dan sokongan Samsung Pay terbina. Ini menjadikannya peranti pertama keluarga Galaxy A yang menyokong kedua-dua fungsi di atas.

Galaxy A7 2017

Galaxy A7 2017 dilengkapi skrin 5.7″ SAMOLED HD penuh, pemproses 1.9 GHz lapan teras, RAM sebesar 3 Gigabayte dan storan 32 Gigabyte. Sokongan kad MikroSD adalah sehingga 256 Gigabyte. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama  dan hadapan 16-Megapixel f/1.9. Dari segi bateri pula ia menggunakan kamera 3600 mAh dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C. Harga jualan Galaxy A7 2017 ialah RM 1899.

Samsung Galaxy A5 2017

Galaxy A5 2017 dilengkapi skrin 5.2″ SAMOLED HD penuh, pemproses 1.9 GHz lapan teras, RAM sebesar 3 Gigabayte dan storan 32 Gigabyte. Sokongan kad MikroSD adalah sehingga 256 Gigabyte. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama  dan hadapan 16-Megapixel f/1.9. Dari segi bateri pula ia menggunakan kamera 3000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C. Harga jualan Galaxy A7 2017 ialah RM 1699.

Pra-tempahan kedua-dua peranti ini akan dilakukan dari 5 sehingga 15 Januari di galeri jualan Samsung yang terpilih. Kesemua yang melakukan pra-tempahan akan menerima fon kepala tanpa wayar Level U Pro bernilai RM 399. Pra-tempahan turut boleh dilakukan di atas tarian menerusi Lazada dan 11Street .Peranti hanya akan diterima pada 25 Januari.

 

 






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2icTeF6

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.