Seorang Bapa TERKEDU Bila Melihat Ramai Pelajar X Berseragam Baru. Selepas Diselidik Jawapan Yang Diterima Buat Dia TERSENTAK !!!
Seorang Bapa TERKEDU Bila Melihat Ramai Pelajar X Berseragam Baru. Selepas Diselidik Jawapan Yang Diterima Buat Dia TERSENTAK !!! | Bersekolah cara Melayu.
Semalam saya bercuti, urus persekolahan tiga anak. Seorang sekolah menengah dan dua lagi sekolah rendah. Bagi sekolah rendah, saya sudah boleh lepas tangan kerana semua telah diurus lebih awal dan mereka kembali ke sekolah lama tanpa perlu orientasi.
Memandangkan anak teruna saya di sesi petang, saya mengambil peluang mengintai gelagat anak-anak perempuan saya memasuki kelas baharu. Mengintai gelagat anak, bukan mengintai guru wanita bujang yang cantik. Harap tidak salah tafsir.
Sudah tabiat seorang HR, saya suka memerhati gelagat anak-anak dan ibu bapa. Bermacam-macam ragam. Saya terkesan apabila melihat adanya pelajar yang tidak berpakaian seragam baharu.
Tidak! Saya bukan menghina mereka yang tidak berpakaian seragam baharu pada hari pertama persekolahan. Semua orang ada pegangan dan kekangan masing-masing.
Saya sebut sebab di dua sekolah rendah anak-anak saya, hampir 95% berpakaian baharu. Jadi apabila ada anak-anak yang tidak memakai seragam baharu, ianya nampak menonjol dan ada juga ibu bapa yang menjeling dan mengata. Pada saya, anda tidak berada di dalam kasut mereka. Jadi, diam lebih baik jika tidak dapat membantu meringankannya.
Di sekolah kebangsaan dan sekolah agama yang hampir 100% murid Melayu, mmm. Ada beberapa kereta murid India. Rata-rata ibu bapa saya yakin pemikiran mereka seperti saya yang memberi anak-anak pakaian seragam baharu agar anak seronok ke sekolah. Heh! Sebenarnya malu dilihat miskin jika tidak berpakaian baharu.
Berbeza di sekolah menengah anak saya, ia campuran semua bangsa dan semuanya pelajar lelaki. Itu sekolah pilihan dia dan rakan karibnya, saya tak membantah. Semasa orientasi minggu lalu dan hari pertama semalam, saya perhatikan majoriti pelajar Melayu dan India berseragam baharu sedangkan majoriti pelajar Cina berseragam lama.
Untuk menyeleidik, saya berbual dengan beberapa bapa pelajar Cina yang saya temui yang majoritinya bersama anak sepanjang orientasi.
Ya, rata-rata pelajar Cina yang berseragam baharu adalah pelajar yang tidak perlu memasuki kelas peralihan. Jika mereka sudah belajar di sekolah tersebut, di kelas peralihan, mereka akan berpakaian seragam lama yang kelihatan agak lusuh. Faham sahajalah pelajar lelaki di sekolah semua lelaki. Tidak perlu kacak sangat kerana tiada gadis untuk dipikat. Kalau kacak sangat dan digilai lelaki lain, Nabi tak mengaku umat woo.
Petang itu, saya berbual dengan jiran Cina saya. Saya bertanya mengenai sifat ibu bapa Cina mengenai seragam baharu di hari pertama persekolahan. Dia ketawa dan katanya:
“Kalau itu orang betul-betul Cina, dia tak kisah baju baru, kasut baru ke apa. Tua sama, budak sekolah pun sama. Ada baju boleh pakai, pakai. Sikit-sikit koyak, kasi jahit lor. Kalau sudah banyak rosak, mesti belilah.
“Kita Cina ingat ada duit mesti simpan untuk education anak masuk universiti. You Melayu ada untung, government tolong banyak. Ada macam-macam universiti, kolej, lagi training center Melayu, itu Mara. Kita Cina mana ada?
“Itu pasai kita Cina biasa anak tak banyak, dua tiga orang cukup. Satu anak, kita mesti mau simpan kurang-kurang RM100,000 kalau mau ingat dia pergi universiti. So, dua anak sudah berapa?
“You tengok rumah, kita Cina biasa duduk ramai-ramai. Apa pasai?” soalnya.
Saya gelengkan kepala, benar-benar tidak tahu.
“Kita mau jimat. Saya punya rumah, tiga family duduk. Memang tak syiok! Tapi kita sudah fikir mesti mau simpan duit untuk education anak. Lagi simpan untuk mati. You tau lah Cina mati banyak mau pakai wang. Tak ada RM10,000, jangan mati loo,” kata sambil ketawa dan saya pun turut ketawa bersama.
“Jadi aa, ini baju sekolah baru, Cina tak ada kisah. Saya punya anak, last sekolah semua baju, seluar, skirt, kasut, semua kasi basuh bersih-bersih kasi simpan. Sekolah buka, pakai lagi. Itu wang beli baru kita boleh jimat kurang-kurang RM300.
“Jadi saya boleh cakap, Cina tak malu pakai baju lama pergi sekolah. Saya ramai kawan Melayu, saya tau dia mesti beli baju sekolah baru, mau jaga muka. Anak pergi sekolah pakai baju lama, satu dua hari maybe dia malu ada kawan tegur. Masuk dua minggu, mana ada orang lagi peduli? Tahun depan you try jangan beli baju baru tengok, ada berani?” cabarnya dan saya hanya senyum.
Malam itu sebelum tidur, saya termenung dengan cabaran Mr Wong, jiran Cina saya itu. Ya, kata-katanya benar dan menjimatkan jika dituruti. Seperti ibu bapa Melayu lain, jenuh saya bergolok bergadai nak cukupkan belanja sekolah anak-anak saya utuk penggal baharu persekolahan ini. Bagi ibu bapa Melayu seperti saya, seragama anak-anak perlu baharu agar tidak dipandang miskin. Biar papa asal bergaya kata orang.
Hari ini pun saya masih terkenang kata-kata dan cabaran Mr Wong itu. Tetapi entahlah jika ia masih berbekas sampai hujung tahun. Melayu macam saya ini biasanya hangat-hangat tahi ayam sahaja. Lagipun saya ini Melayu dan Melayu mudah lupa.
Sumber : Izman Pauzi
P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!
The post Seorang Bapa TERKEDU Bila Melihat Ramai Pelajar X Berseragam Baru. Selepas Diselidik Jawapan Yang Diterima Buat Dia TERSENTAK !!! appeared first on SEMASA VIRAL.
from SEMASA VIRAL http://ift.tt/2iFWXMy
Post a Comment