Firma Jepun Memberhentikan 34 Kakitangan Dan Menggantikannya Dengan Kecerdasan Buatan IBM Watson
Di Malaysia kita kerap mendengar warga asing dipersalahkan ke atas gaji pekerja kolar biru yang rendah. Kerana kesanggupan mereka menerima gaji yang rendah, warga tempatan tidak mahu melakukan kerja yang jatuh di bawah kategori 3D (Dangerous, Dirty and Difficult). Pada waktu yang sama pengguna robot sudahpun menyebabkan pembuangan ribuan pekerja kilang Foxconn. Kini di Jepun, sistem kecerdasan buatan IBM Watson Explorer menyebabkan 34 kakitangan dibuang kerja.
Firma insurans Fukoku Mutual Life akan menggantikan kakitangan manusia mereka dengan sistem kecerdasan buatan ini pada Mac hadapan. Menurut mereka kecerdasan buatan melakukan analisa data pelanggan 30% lebih pantas berbanding manusia. Puluhan ribu sijil perubatan, tempoh penginapan di hospital, sejarah kesihatan dan prosedur pembedahan boleh dianalisa bagi memberikan pampasan kewangan dengan segera kepada pelanggan.
Kos pembelian IBM Watson Explorer ialah Yen 200 Juta (~RM 7.7 Juta) dengan kos selenggara Yen 15 Juta (~RM 580000) setahun. Kos menggaji 34 pekerja pula ialah Yen 140 Juta setahun. Kecerdasan buatan bukan sahaja lebih pantas tetapi mengurangkan kos operasi Fukoku Mutual Life. Sebelum ini kami melaporkan 5 Juta individu akan kehilangan kerja kepada robot menjalang 2020. Apa pula ancaman kecerdasan buatan keatas kerjaya anda di masa hadapan? Skynet masih belum wujud tetapi manusia sudahpun diancam kepupusan.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iTyvXo
Post a Comment