Hi! Welcome Back and Stay Tune! Vine Akan Menamatkan Perkhidmatan Pada 17 Januari 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Vine Akan Menamatkan Perkhidmatan Pada 17 Januari 2017

Twitter sebelum ini telah mengumumkan bakal menamatkan perkhidmatan Vine, dan kini berkongsi lanjut mengatakan bakal menamatkan perkhidmatan Vine seperti mana yang kita semua kenal, pada 17 Januari 2017 kelak. Selepas tarikh tersebut, aplikasi Vine akan berubah menjadi Vine Camera, sementara semua kandungan akan diarkibkan dan boleh diakses melalui web sahaja.

Vine, bagi anda yang tidak kenal adalah salah satu aplikasi dan perkhidmatan yang membolehkan pengguna menghasilkan video berulang sepanjang 6 saat. Ia merupakan salah satu perkhidmatan yang sangat popular, sebelum Instagram mengintegrasikan sokongan video pada perkhidmatan mereka.

Twitter mengatakan selepas 17 Januari, aplikasi Vine akan diubah menjadi Vine Camera – membolehkan pengguna kekal menghasilkan video berulang 6 saat, tetapi perlu kongsikannya secara manual ke Twitter atau perkhidmatan lain.

Bagi pengguna Vine sedia ada, anda mempunyai tempoh sehingga tarikh tersebut untuk memuat-turun kandungan anda, sama ada melalui aplikasi iOS, Android atau web. Selepas tarikh berkenaan, anda tidak boleh mendapatkan kandungan anda – dan tidak mustahil pada suatu hari kelak kita melihat ia dipadam sepenuhnya.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2iKJ0PE

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.