Hi! Welcome Back and Stay Tune! NVIDIA Mengumumkan GeForce Now – Membolehkan Pengguna Strim Permainan Melalui Awan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

NVIDIA Mengumumkan GeForce Now – Membolehkan Pengguna Strim Permainan Melalui Awan

NVIDIA hari ini telah mengambil pentas utama pada CES 2017, dan berkongsi beberapa perkara dan penawaran menarik daripada syarikat mereka. Salah satunya adalah perkhidmatan terbaru yang ditujukan kepada para peminat permainan video, tetapi menggunakan komputer lama yang kurang berkuasa, atau menggunakan Mac.

NVIDIA GeForce Now

Dinamakan sebagai GeForce Now, ia membolehkan pengguna memainkan permainan dalam bentuk penstriman menggunakan rangkaian internet dan mengaksesnya daripada awan. Ini sekaligus membolehkan anda memainkan permainan yang berkuasa walaupun pada komputer yang berspesifikasi rendah atau pada Mac.

Melalui GeForce Now, pengguna boleh mengakses perkhidmatan seperti Steam, Origin dan lain-lain, sekaligus strim permainan daripada pelayan NVIDIA terus ke komputer mereka melalui GeForce Now.

GeForce akan ditawarkan seawal Mac untuk pengguna, dan ditawarkan pada harga langganan $25 untuk penggunaan selama 20 jam. Harga langganan berkenaan boleh dikatakan agak mahal – apatah lagi memandangkan anda perlu membeli permainan video secara berasingan.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2jco9Fx

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.