Hi! Welcome Back and Stay Tune! Oppo R9s Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM 1798 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Oppo R9s Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM 1798

Setelah beberapa bulan pengguna tempatan mendengar ura-ura berkenaan peranti terkini Oppo R9s, pada hari ini mereka telah melancarkan peranti ini secara rasmi untuk pasaran tempatan pada harga RM 1798.

Oppo R9s juga meneruskan fokus terhadap fungsi rakaman kamera dan membawakan kamera 16MP PDAF pada bahagian hadapan dan belakang peranti ini. Cip pengimejannya menggunakan Sony IMX398 yang turut dibangunkan Oppo, menghasilkan gambar yang kurang Noise dan memfokus dengan pantas.

Oppo R9s mempunyai cip pemprosesan Snapdragon 625 2GHz lapan-teras dengan cip grafik Adreno 506 dan RAM sebesar 4GB. Kapasiti storan peranti ini juga besar, sebesar 64GB dan boleh ditambah menerusi kad SD-Mikro sehingga 128GB. Paparan skrinnya bersaiz 5.5-inci 1080p dengan kaca Gorilla Glass 5.

Telefon dengan sistem operasi Android Marshmallow ini turut menyokong penggunaan dua kad SIM dan mempunyai bateri sebesar 3010mAh dan menyokong pengecasan pantas VOOC, dimana pengecasan selama 5 minit dapat memberikan tempoh operasi selama 2 jam. Ia juga boleh bertahan selama 15 jam 25 minit pada pengecasan penuh. Oppo R9s juga mempunyai pengimbas cap jari yang diletakkan pada butang Home.

Telefon ini ditawarkan pada dua warna iaitu Emas dan juga Rose Gold. Ia akan mula dijual pada 14 Januari 2017 pada harga RM 1798. Bermula hari ini sehingga 13 Januari pengguna boleh melakukan pratempah produk ini menerusi laman rasmi Oppo Malaysia. Oppo R9s ini juga turut dijual menerusi rakan kerjasama seperti Maxis, Celcom, Lazada, 11Street serta acara jerayawaranya di Plaza Lowyat & VivaCity Megamall Sarawak pada 14 Januari 2017.

 






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hU1cqo

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.