Hi! Welcome Back and Stay Tune! Baru Sedar,Rupanya Kahwin Dengan Kembar Sendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Baru Sedar,Rupanya Kahwin Dengan Kembar Sendiri

Baru Sedar,Rupanya Kahwin Dengan Kembar Sendiri|Sepasang suami isteri mengetahui mereka sebenarnya adalah pasangan kembar selepas menjalani rawatan di klinik IVF bagi mendapatkan anak.

Doktor memaklumkan kepada pasangan yang tidak didedahkan identiti itu bahawa mereka adalah kembar biologi selepas memiliki persamaan ketara dalam DNA mereka.

Adik-beradik itu terpisah sejak kecil lagi selepas ibu kandung mereka meninggal dunia dan diserahkan kepada keluarga angkat yang tidak mengetahui antara satu sama lain.
Perkahwinan adik-beradik adalah diharamkan di Mississippi.
Sebaik doktor memberitahu pertalian yang wujud antara kedua pasangan itu, mereka cuba mengingat kembali sejarah hidup masing-masing, lapor Mississippi Herald.

Mereka menyedari bahawa kedua ibu bapa mereka meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya dan mereka diserahkan kepada keluarga angkat yang berlainan, malah keluarga angkat tersebut tidak mengetahui mereka mempunyai adik-beradik yang lain.

Pasangan itu bertemu ketika majlis reunion kolej dan mempunyai keserasian, jatuh cinta sebelum berkahwin.

“Mereka tertarik antara satu sama lain kerana persamaan mereka. Mereka merasakan serasi antara satu sama lama.

“Sekiranya mereka tahu kebenaran, mungkin ia tidak akan berdepan situasi sebegini,” kata doktor yang turut tidak didedahkan identiti.

“Bagi saya ini ini adalah kes yang sangat luar biasa kerana tugas saya adalah membantu pasangan mendapatkan anak. Ini adalah kes pertama sepanjang kerjaya saya , berdepan dengan situasi ini,” katanya.

Akhbar itu melaporkan pasangan yang berkahwin sesama adik beradik di Mississippi adalah salah dan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda AS$500. (RM2,197)

Dipercayai, pasangan itu tidak akan berdepan tindakan ekoran tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya adalah adik-beradik.

The post Baru Sedar,Rupanya Kahwin Dengan Kembar Sendiri appeared first on Eberita.org.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pH2O6o

✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.