Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Tak sangka masih ada sudi ingat saya’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Tak sangka masih ada sudi ingat saya’

“Saya ingat saya dah jadi kain buruk, tapi tak sangka masih ada yang sudi ingat saya,” demikian luah bekas wartawan penyiaran terkenal TV3, Mazidul Akmal Sidek, 50, kepada Media selepas menerima kunjungan Pertubuhan Bina Bangsa bersama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Pengerusi Sukarelawan Peguam (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat di kediamannya di Kota Damansara, di sini tengahari tadi.

Mazidul yang juga bekas pengacara terkenal menerusi rancangan 999 yang ditayangkan di TV3 diserang angin ahmar sejak dua tahun lalu, ekoran masalah itu beliau terpaksa meninggalkan dunia penyiaran meskipun telah sebati dengan dirinya sejak sekian lama.

Beliau mengakui sejak jatuh sakit, semangatnya begitu lemah kerana tidak mampu melaksanakan tugas  melalui bidang yang diminatinya itu.

“Saya rasa diri saya cukup kerdil, dalam sekelip mata saya hilang keupayaan, keinginan itu ada namun saya tidak mampu.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana saya dapat sokongan kuat daripada isteri, Khairul Fazlin Kamarudin, 47, dan dua anak masing-masing Muhammad Afif Faiq, 19, dan Muhammad Azard Faiz, 16, serta rakan-rakan,” katanya sebak.

Menurutnya, meskipun tangan kirinya tidak mampu bergerak, namun dia masih aktif menulis apa sahaja yang terlintas di fikirannya.

“Jika saya diberi peluang dan berkeupayaan seperti dahulu, saya ingin kembali ke dunia penyiaran yang menjadi darah daging saya sejak dahulu lagi.

“Saya akui untuk menjadi seorang pekerja yang ‘good’ memang ramai, tetapi untuk mencari yang ‘excellent’ memang sukar sekali,” katanya.

Sementara itu, Tan Sri Ismail berkata, lawatan itu sebagai ingatan dan penghargaan kepada Mazidul yang banyak membantu menaikkan nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) semasa beliau bertugas sebagai Ketua Polis Negara.

“Beliau banyak membuat pendedahan melalui rancangan 999 berkenaan kejayaan PDRM menangani kes-kes jenayah seperti pelacuran, judi, pusat hiburan dan sebagainya pada masa itu.

“Sekalipun beliau sudah tidak terlibat dengan rancangan berkenaan kini, namun jasanya itu meninggalkan kesan yang mendalam kepada masyarakat di negara ini,” katanya.

Melalui lawatan itu juga, Pengerusi Pertubuhan Bina Bangsa, Syahril A Kadir turut mengumumkan satu pertandingan esei di kalangan pelajar sekolah menengah yang dinamakan anugerah Mazidul Akmal Sidek-Pertubuhan Bina Bangsa akan diadakan.

Menurutnya, pertandingan itu terbuka kepada pelajar sekolah menengah rendah (tingkatan 1 hingga 3) dan menengah atas (tingkatan 4 hingga 6).

“Ia menawarkan hadiah berupa wang tunai sebagai usaha menggalakkan budaya menulis di kalangan pelajar.

“Anugerah yang menggunakan nama Mazidul ini sebagai penghargaan di atas sumbangan dan jasa beliau kepada industri media di negara ini,” katanya.

Pertubuhan Bina Bangsa ditubuhkan secara rasmi pada Februari lalu dan ia dianggotai mereka yang berkecimpung dalam dunia sukarelawan dan kemanusiaan, mereka datang dari pelbagai latar belakang seperti kewartawanan, perundangan, perhotelan, ahli perniagaan dan sebagainya.

The post ‘Tak sangka masih ada sudi ingat saya’ appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pqh58p

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.