Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peminat Ugut Patahkan Jari Demi Moon Chae Won - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peminat Ugut Patahkan Jari Demi Moon Chae Won

PELBAGAI helah dilakukan peminat untuk mendekati selebriti kesayangan mereka termasuk sanggup mencederakan diri sendiri.

Namun bagi pelakon Moon Chae Won, tindakan keterlaluan yang dilakukan peminat tidak dikenali menimbulkan rasa kurang senang terutamanya kebimbangan berhubung isu keselamatan.

Terbaharu, aktres itu dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang pengguna media sosial yang mengaku sebagai teman lelakinya.

Menurut laporan portal koreaboo.com, Moon Chae Won dan agensi yang dinaunginya iaitu Namoo Actors memandang isu berkenaan sebagai sesuatu yang serius.

Ia susulan satu posting di Internet di mana pengguna berkenaan mendakwa sebagai teman lelaki Moon Chae Won sejak 2015.
“Saya telah menjadi teman lelaki Moon Chae Won sejak 2015.

“Jika anda boleh buktikan ia adalah palsu, saya akan mematahkan jari saya sendiri,” tulis lelaki itu.
Menurut undang-undang Korea Selatan, komen berniat jahat yang mengandungi fakta palsu boleh dikenakan hukuman sehingga tujuh tahun penjara atau denda sehingga 50 juta Won (USD 44,174).

Selain itu individu terbabit juga boleh dihukum kerana fitnah secara umum yang membawa hukuman maksimum dua tahun penjara atau fitnah menerusi penerbitan yang membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara.

The post Peminat Ugut Patahkan Jari Demi Moon Chae Won appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2prOob3

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.