Hi! Welcome Back and Stay Tune! ”Ma malu kot kalau orang tanya menantu kerja apa? Kerja jururawat je.” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

”Ma malu kot kalau orang tanya menantu kerja apa? Kerja jururawat je.”

(Daripada IIUMC: Tak Nak Menantu Jerawat)

Assalamualaikum. Harap admin sudi siarkan. Kerana berlaku dalam family saya dan ianya tersimpan banyak pengajaran.

Alhamdulillah dengan izin Allah dalam keluarga saya semua berjaya.

Abah pensyarah di salah sebuah universiti tanah air. Sudah bersara.
Ma juga merupakan seorang pensyarah. Masih bertugas.

Dua orang abang saya engineer, saya pharmacist, adik lelaki doktor dan adik perempuan veterinar.

Jodoh abah dan ma tak pernah tentukan. Kami cari sendiri dan alhamdulillah setakat ini abah dan ma restu. Kerjaya pasangan kami sama dengan kami.

Tiba satu hari, adik lelaki saya (Boy) yang bekerja sebagai doktor nyatakan isi hatinya pada kami semasa kami sekeluarga berkumpul minum petang. Jarang dapat jumpa memandangkan semua sibuk. Maka peluang ini Boy tak lepaskan. Kami semua tumpang gembira untuk Boy. Kecuali Ma. Semua selepas Ma tanya “Doktor sama sama tempat Boy kerja ke?” dengan muka teruja dan dalam keadaan tenang Boy jawab “Bukan.. Dia staff nurse. Akhlak dia baik. Senyum walaupun penat. Boy oncall sekali dia shift malam. 4 pagi pun still senyum kat patient. Dia pandai masak Ma. Boy oncall hari raya haritu dia ada bawa rendang. Kawan kerja pun kata dia lemah lembut orangnya”

Sejujurnya kami tiada masalah. Kecuali Ma. Ma kata “Jururawat ni kerja shift. Nanti siapa nak jaga anak? Cari yang lain lah Boy. Ramai lagi orang solehah. Doktor pun ada solehah. Takkan ramai ramai tu takde jumpa”
Tiada siapa yang back up Boy. Termasuk Abah. Termasuk saya. Sedih saya tengok muka satu satunya adik lelaki saya. Dia sangat taat dengan Ma. Kami tidak mahu mengeruhkan keadaan. Kalau A kata Ma, A-lah jangan berani ubah jadi B.

Boy tak seceria macam biasa. Selalu duduk dalam bilik. Habiskan masa mengaji. Tapi Boy masih lagi sembang sembang dengan Ma. Cumanya tak seseronok dulu. Mungkin Boy cari ketenangan dan kekuatan. Kuatnya Boy sembunyikan sedihnya.

Satu hari saya cuti balik rumah Ma. Macam biasa lepas hari tu, kalau nak cari Boy pergilah dalam bilik tidurnya tak macam sebelumnya Boy habiskan masa di luar bilik.

“Boy, boleh kak Nana masuk?”
” Kak Nana.. Bila sampai? Tak dengar pun.. Masuk lah”
“Boy sedih lagi ke? Kuat ye. Kak Nana faham. Kak Nana doa Boy jumpa orang yang lagi baik”
“Orang lagi baik? Tak layak la Boy.. hehe”
” Kak Nana tahu. Ma tak nak jururawat bukan sebab kerja shift. Tapi Ma nak Boy cari yang setaraf.”
“Tu la. Boy tahu je Ma macam mana. Sebab Ma nak Boy cari orang yang sama kerja. Alasan nurse kerja shift tak ada orang jaga anak. Doktor lagila.. Oncall.. Ma malu kot kalau orang tanya menantu kerja apa? Kerja jururawat je. Tapi Boy tak nak cari orang yang hebat hebat ni. Boy nak cari orang yang biasa biasa je. Takde lah nanti sama sama ego”
” Ye.. Kak Nana faham. Adik yang humble Boy sorang je dalam family ni”
“Kak Nana doakan Boy dengam dia ye.”
“Siapalah bertuah dapat Boy”
“Boy kot yang bertuah kalau dapat dia”

Takdir Allah.

Jodoh Boy dengan jururawat itu juga. Alhamdulillah.. Ma restu walaupun paksa rela. Dapatlah saya adik ipar. Ika namanya. Betul kata Boy. Ika baik akhlaknya. Pandai memasak. Kalau Ma tak larat pergi masjid, Ika imamkan Ma di rumah. Kami bersyukur Ika sudi duduk dengan Ma. Boleh tengok tengokkan abah dan ma.

Lepas dua tiga bulan kami perasan yang Ma masih belum terima Ika. Nampak sangat. Tiba tiba makanan Ika masak tak sedap pada tekak Ma. Tak nak jadi makmum Ika lagi. Sanggup pergi masjid walaupum kurang sihat. Tapi Ika tak balas apa melainkan senyum dan kata kata “Tak apa. Orang tua. Biasa la. Kat wad pun macam tu” Tabahnya Ika. Perangai sama macam Boy. Memang patut mereka berjodoh.

Satu hari diizinkan Allah. Kami buat kenduri aqiqah untuk anak kedua abang Fadil. Ramai yang kami jemput. Tak menang tangan. Ditakdirkan Allah malam itu kami sekeluarga diuji. Ma kena serangan stroke. Mungkin terlampau penat. Ma juga memang ada darah tinggi.

Lepas seminggu kami gilir gilir jaga Ma di wad. Termasuk Ika. Tetapi kami tak boleh cuti lama. Kami jaga pun sekadar menunggu. Kebetulan saya bertugas di hospital yang sama dengan Boy dan Ika. Tukar lampin, mandikan semua jururawat yang uruskan. Ika habis shift sebelum balik rumah akan jenguk Ma dan tukarkan lampin. Kadang kalau Boy free Boy buat sama sama dengan Ika. Lembut Ika ajar cara tukar lampin orang dewasa kat Boy. Kadang habis shift malam tak sempat tukar uniform Ika dah datang.

Satu hari kebetulan Ika offday. Saya lunch hour. Lampin Ma penuh. Ika nak tukar tapi Ma tak izin.
” Kau bukan anak aku. Biar anak aku yang buat. Nana! Tukar lampin Ma ni. Tak selesa. Nurse semua malas!”
“Ma, tak baik kata macam tu. Nurse busy. Ni kami ada. Biar Nana buat dengan Ika ye.”
“Tak nak. Ma nak Nana buat sorang.”
“Ma, Nana tak pandai sangat. Kalau Ika buat sekali mudah lah.. Boleh tolong pusingkan badan Ma.”

Ika senyum terus keluarkan lampin dalam locker. Siapkan wipe tissue. Plastik kuning. Tengah nak mula Ma tinggikan suara. “Tak nak! Jangan sentuh! Kau bukan anak aku.. Nurse mana nurse ni?”
Ika tak endah. Teruskan buat. “Tak faham ke? Nak aku cakap English? Ah. Mesti kau tak faham English. Kerja nurse je”
“Ma. tak baik cakap Ika macam tu”
” Don”t you dare to touch me”
” Ma, kalau Ma tak anggap Ika ni anak, Ma anggap je Ika ni nurse yang Ma tak kenal ok. Ma nak Ika call Abang Faiz dengan Abang Fadil kat KL tu? Nak menantu Ma yang lain datang dari KL tukarkan? Nak Ika call Boy suruh datang tukar? Dia oncall hari ni. Busy. Nak Ika call Anis? Dia busy kat klinik. Ma kena faham lah.. Ni kak Nana ada. Bagi Ika buat dengan kak Nana ye.”

Saya menangis. Anak Ma yang berjaya tak mampu nak tukar lampin Ma. Tak mampu jaga Ma macam Ika jaga. Ma diam lepas tu. Sampai selesai tukar.

Kalau Boy tahu Ma kata macam tu kat Ika. Mesti luluh hati dia.

Tabahlah Ika.. Tabahlah Boy.. Kak Nana hanya mampu doakan kesejahteraan kalian berdua. Semoga Allah buka pintu hati Ma untuk terima Ika sama macam menantu yang lain. Doakan Ma kami cepat sembuh.

p/s: nama saya ubah untuk menjaga. Terima kasih. Jadikan pengajaran. Bukan kerjaya yang bagus menentukan segalanya. Setiap kekurangan ada kelebihan. Setiap kelebihan pasti ada kekurangan. Kita saling lengkap melengkapi. Saling memerlukan.

– Qurratul ‘Ain Ahmad Hanapi

The post ”Ma malu kot kalau orang tanya menantu kerja apa? Kerja jururawat je.” appeared first on The Alternatif.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pphjiS

✍ Sumber Pautan : ☕ The Alternatif


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.