Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangkitan Kuman Alat Sulit Dedah Perangai Remaja 15 Tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangkitan Kuman Alat Sulit Dedah Perangai Remaja 15 Tahun

Jangkitan Kuman Alat Sulit Dedah Perangai Remaja 15 Tahun|Seorang remaja perempuan bawah umur terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selepas tidak larat menahan kesakitan di bahagian alat sulitnya dipercayai terkena jangkitan selepas melakukan persetubuhan dengan teman lelakinya.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Jimmy Panyau memberitahu, remaja berumur 15 tahun 8 bulan itu tiada pilihan kecuali mengadu kepada doktor mengenai kesakitan berkenaan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Mukah kelmarin.

“Pihak hospital mendapati sesuatu mencurigakan dan membuat laporan berhubung insiden itu di Balai Polis Mukah,” katanya ketika dihubungi petang semalam.

Menurutnya, remaja sudah berhenti sekolah tersebut juga mendedahkan bahawa dia melakukan persetubuhan bersama teman lelakinya sejak 2016 dankali terakhir Mac lalu.

“Siasatan awal pihak polis mendapati remaja bawah umur itu pernah melakukan hubungan seks di sebuah hotel bajet di Mukah,” katanya.

Bertindak daripada maklumat, polis kini mencari seorang suspek lelaki berumur dalam lingkungan 20-an untuk membantu siasatan.

Jimmy berkata, remaja tersebut dirujuk ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan lanjut petang kelmarin.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol,” tambahnya

The post Jangkitan Kuman Alat Sulit Dedah Perangai Remaja 15 Tahun appeared first on Eberita.org.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oClGUM

✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.