Hi! Welcome Back and Stay Tune! Chef Wan Sahkan Rumah Tangga Serina Gagal Diselamatkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Chef Wan Sahkan Rumah Tangga Serina Gagal Diselamatkan

Pelakon Serina Redzuawan sedang dalam proses perceraian dengan suaminya, Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.
Perkara itu disahkan oleh bapa Serina yang juga cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menerusi satu posting di Instagram miliknya pada Jumaat.

“Betapa berat mata memandang berat lagi bahu Serina yang memikul segalanya sepanjang enam tahun setengah dalam perkahwinan yang tidak bahagia.

“Serina sedang dalam proses memfailkan perceraian dan akan meneruskan prosiding dalam menuntut hak dan keadilan,” tulisnya.

Kata Chef Wan, sudah lama dia mendiamkan diri tentang perkara berkenaan dan sudah memberi nasihat namun perceraian juga jalan terbaik.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, dia mengambil keputusan membuka mulut tentang rumah tangga anak kesayangannya itu kerana enggan mana-mana pihak membuat andaian tidak benar tentang rumah tangga Serina.

“Daripada orang membuat spekulasi yang tidak benar lebih baik saya ke hadapan dan memberitahu tentang perkara sebenar,” jelasnya.

Sementara itu, Chef Wan berkata, walaupun sedih apabila mengenangkan dua cucunya namun dia merasakan Serina berhak untuk menjalani kehidupan lebih baik.

“Benar saya sedih untuk cucu-cucu saya tetapi saya percaya dengan perhatian dan kasih sayang yang diberikan mereka dapat mengharungi saat sukar ini.

“Saya jujurnya percaya anak saya berhak mendapat kehidupan lebih baik dan gembira,” katanya.

Tambahnya, dia berharap kenyataan dibuatnya itu akan menghentikan semua spekulasi mengenai keadaan rumah tangga anaknya dan enggan melayan pertanyaan mana-mana pihak berhubung isu itu selepas ini.

Serina dan Salahudin bernikah pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef serta Isabella Saffiya.

The post Chef Wan Sahkan Rumah Tangga Serina Gagal Diselamatkan appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nUxPHL

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.