Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Beauty and the Beast’ Abadi Nostalgia Dalam Acuan Tersendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Beauty and the Beast’ Abadi Nostalgia Dalam Acuan Tersendiri

PENULIS nyaris ke Singapura untuk menonton Beauty and the Beast (BATB) kerana begitu yakin bahawa filem ini akan diharamkan tayangannya gara-gara polemik yang melanda ketika itu.

Bahkan, sewaktu BATB dikhabarkan akan ditayangkan di negara ini pada 16 Mac sebelum isu hangat tentangnya, penulis tidak dapat lagi menyembunyikan keterujaan itu.

Apatah lagi, filem animasi BATB yang ditayangkan pada tahun 1991 itu merupakan salah sebuah filem animasi kegemaran penulis dan sudah menjadi sebuah filem klasik yang melekat di dalam minda.

Bukan itu sahaja, BATB merupakan filem animasi pertama yang pernah dicalonkan untuk Oscar bagi Filem Terbaik itu juga telah tersenarai antara filem terbaik yang pernah dihasilkan sepanjang zaman.

Sehubungan itu, apabila Malaysia meluluskan tayangan filem cereka BATB yang mula ditayangkan pada 30 Mac lalu, pastinya peluang itu tidak akan dilepaskan begitu sahaja.

Penulis sendiri mahu melihat sejauh manakah kehebatan BATB versi cereka ini yang mendapat sentuhan pengarah, juga bekas pemenang Oscar, Bill Condon (Dreamgirls, 2006) selain babak-babak yang dijadikan isu besar itu.

Jujurnya, mahu atau tidak, penulis tidak dapat mengelak daripada membuat perbandingan antara filem cereka dan filem animasi BATB. Memang tidak sepatutnya juga penulis berbuat demikian kerana kedua-duanya adalah dalam bentuk yang berbeza.

Pun begitu, adalah lebih baik untuk penulis katakan bahawa filem cereka BATB ini mempunyai pengolahan dan acuannya sendiri biarpun ia diadaptasi daripada filem animasinya.

Ada kelebihan dan kekurangan yang dimiliki oleh versi cereka ini jika hendak dibandingkan dengan filem animasinya.

Ada perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam penghasilan filem cereka BATB. Perkara itu juga merujuk kepada filem animasinya.

Lantaran itu, penulis tidak mahu terlalu memfokuskan terhadap perbandingan itu sebaliknya lebih selesa untuk mengulas BATB versi cereka ini sebagai sebuah lagi filem baharu.

Sudah pasti, jika hendak memperkatakan tentang jalan ceritanya, tiada apa yang boleh diperkatakan kerana ia adalah sebuah naskhah yang sudah diketahui secara umumnya.

Namun, sebagai sebuah filem cereka dan mendapat sentuhan Condon yang sebelum ini dikenali dalam genre muzikal, BATB masih memiliki magis itu.

Ini bermakna, ia memiliki elemen yang diperlukan untuk menghidupkan naskhah ini ke skrin.

Pastinya, elemen yang dimaksudkan itu adalah muzik, lagu, penataan seni dan busana yang telah meletakkan BATB dalam kedudukan yang sepatutnya.

Walaupun BATB mengambil versi animasinya sebagai tunjang utama kepada perjalanan ceritanya tetapi ia tidak terlalu mengikut format itu.

Sebagai pengarah, Condon menggunakan lesen kreatifnya semaksimum mungkin untuk menjadikan BATB sebagai sebuah karya dalam hala tujunya sendiri dengan mengembangkan sedikit cerita dari sudut berbeza terhadap watak Belle (lakonan Emma Watson) dan juga Beast (Dan Stevens).

Penulis harus akui bahawa filem animasi BATB masih lagi unggul dan memiliki magis serta jiwa luar biasa sehingga ke hari ini tetapi filem cerekanya masih lagi mampu mengekalkan dan mengabadikan nostalgia itu.

Tiada gunanya juga jika filem cereka ini mengadaptasi bulat-bulat daripada versi animasinya kerana ia tidak akan memberikan sebarang signifikan.

Seandainya ia terjadi sedemikian rupa, ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Menyentuh tentang babak gay yang telah mencetuskan perdebatan itu pula, jujurnya, penulis tidak melihat ia meninggalkan impak negatif sehingga mampu meracuni dan mempengaruhi penonton untuk menjadi apa yang ditakuti oleh ramai pihak.

Pada hemat penulis, ia hanyalah sekadar babak yang boleh dikatakan sekali lalu.

Sekali pun mata penonton berkelip, mereka tidak akan sedar apa yang berlaku dalam babak itu.

Dalam erti kata lain, ia langsung tidak mendedahkan mahupun menceritakan secara mendalam terhadap babak gay dan momen yang telah mencetuskan perdebatan di seluruh dunia.

Pemilihan Luke Evans sebagai Gaston memang tepat.
Sehinggakan penulis hanya mampu senyum sinis dan menggelengkan kepala apabila memikirkan tentang babak tersebut kerana ia bukanlah sebesar seperti mana besarnya kekecohan yang berlaku.

Bagi penulis, jika ada yang faham tentang senario itu, anda akan memahami apa yang berlaku tetapi bagi mereka yang sekadar menonton untuk hiburan semata-mata, tidak ada apa-apa yang perlu difikirkan.

Berbicara tentang aspek lakonan pula, penulis melihat Luke Evans sebagai watak antagonis bernama Gaston adalah paling tepat dan menepati watak itu dalam versi animasinya.

Memperkatakan tentang Watson pula, walaupun pada hemat penulis, dia tidak membawakan watak Belle dengan sempurna tetapi dia berjaya melarikan ingatan peminat dan penonton terhadap watak Hermoine Granger yang pernah dibawakannya dalam siri filem Harry Potter.

Seperti mana yang penulis katakan tadi, baik versi animasi dan filem cereka ini, kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Barangkali filem animasinya masih lagi melekat di dalam diri sebahagian besar penonton termasuk penulis disebabkan ia memiliki jiwa yang benar-benar diperlukan dalam erti kata sebenar.

The post ‘Beauty and the Beast’ Abadi Nostalgia Dalam Acuan Tersendiri appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2okMkQx

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.