Hi! Welcome Back and Stay Tune! Biadap! Rancangan TV3 ‘Sukan Tak Sentral’ Hina Nama Watson Nyambek Seperti ... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Biadap! Rancangan TV3 ‘Sukan Tak Sentral’ Hina Nama Watson Nyambek Seperti ...


(VIDEO) Biadap! Rancangan TV3 ‘Sukan Tak Sentral’ Hina Nama Watson Nyambek Seperti Binatang

Bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek berang dan kecewa dengan tindakan stesen televisyen TV3 yang menghina nama mendiang bapanya dalam satu rancangan komedi ‘Sukan Tak Sentral’ yang disiarkan malam tadi.

Watson yang juga bekas pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter, berang apabila stesen televisyen itu menyamai bapanya yang meninggal dunia tiga tahun lalu dengan binatang.

“Saya ada menonton episod itu dan berasa tersinggung dan kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya kepada Bernama hari ini.

Watson berkata, sepanjang karier sebagai ahli sukan sehingga sekarang tidak pernah mana-mana media membuat penghinaan terlalu peribadi terhadapnya khususnya melibatkan mendiang bapanya.

Video berdurasi 13 saat ITU telah menjadi viral dan turut menimbulkan kemarahan netizen.

Baca Juga :
  1. DAP 'pening kepala' dengan foto 'pasangan bercumbu'
  2. Pembangkang enggan lihat perkembangan Islam, kata PM

“Saya tidak tahu motif sebenar stesen televisyen tersebut tapi ini satu penghinaan kepada bapa saya,”katanya sambil menambah stesen televisyen sepatutnya peka dengan sensitiviti masyarakat dan individu terutama sekali yang telah meninggal dunia.

Watson berkata, tindakan tersebut amat jelas tidak menghormati sensitiviti keluarga serta saudara-mara mendiang bapanya.

Beliau turut menggunakan laman Facebooknya untuk meluahkan rasa tidak puas hati kepada stesen Tv3 itu.

” Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat,nasib kita macam tu,tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan.” tulisnya dalam Facebooknya.


Luahan Watson mendapat reaksi serta perkongsian ratusan netizen yang mahu Watson menyaman stesen televisyen berkenaan serta mengutuk tindakan rancangan tersebut yang menghina individu yang telah meninggal dunia.

Watson yang memegang rekod kebangsaan 100m iaitu 10.30 saat selama 18 tahun sebelum dipecahkan Khairul Hafiz Jantan yang melakukan 10.18s pada Sukma Sarawak tahun lepas, diisytiharkan muflis selepas gagal membayar balik pinjaman bank yang digunakan untuk menanggung kos perubatan bapanya yang menderita barah telinga.

Bagaimanapun, beliau dibebaskan daripada status muflis selepas kerajaan Sarawak membayar balik tunggakkan pinjaman sebanyak RM80,000 itu.

– BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pSJWFa

✍ Sumber Pautan : ☕ PEJAM KELIP


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.