Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerja keras Zoe Saldana akhirnya berbaloi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerja keras Zoe Saldana akhirnya berbaloi

PERJALANAN wanita ini di dalam industri seni bukan mudah.

Bermula sebagai penari balet kemudian beralih ke dunia teater dan akhirnya ‘tersangkut’ dalam  bidang perfileman di Hollywood.

Itulah kehidupan Zoe Saldana atau pemilik nama sebenar, Zoe Yadira Zaldana Nazario ini.

Ketika berusia 17 tahun, Saldana kerap tampil di pentas teater di New York di samping kumpulan drama, Faces yang disertainya dan berjaya menarik minat seorang agen pencari bakat.

Saldana kemudiannya muncul di layar lebar menerusi filem Center Stage pada 2000 dan menariknya dia membawakan watak penari balet berbakat, Eva Rodriguez.

Seiring kejayaannya, Saldana mula muncul dalam beberapa filem terkenal seperti Drumline, Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl, The Terminal, Vantage Point dan Star Trek serta sekuelnya, Star Trek Into Darkness.

Bagaimanapun, tatkala terpilih sebagai pengisi suara karakter utama Neytiri menerusi filem pecah panggung, Avatar, namanya semakin kukuh.

“Saya tak pernah meletakkan target untuk dikenali ramai. Apa yang saya buat adalah kerana saya suka buat.

“Seni bagai sudah sebati dalam diri saya dan bila mendapat kepercayaan orang lain, apa yang ingin saya lakukan adalah yang terbaik,” jelasnya.

Bahkan tuah filem tersebut, Saldana turut meraih beberapa anugerah di Empire Awards dan Saturn Awards 2010 untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Bukan itu saja, apabila dia menyertai team Guardians of the Galaxy pada 2014, wataknya sebagai Gamora telah melonjakkan lagi namanya.

Kini wanita berusia 38 tahun ini kembali sebagai si hijau bernama Gamora menerusi Guardians of the Galaxy vol. 2 yang akan menemui penonton di Malaysia pada 27 April ini.

Berkongsi penglibatannya dalam filem ini, Saldana berkata, dia teruja ketika kembali menyertai penggambaran filem tersebut Februari tahun lalu.

“Saya sangat teruja seperti pulang ke kampung berjumpa keluarga.

“Kami ibarat satu keluarga besar dan saya sendiri sangat selesa bersama.

“Malah,  Pengarah,James Gunn adalah seorang yang sangat memberi dorongan serta percaya saya boleh  melakukan kebanyakan aksi di dalam filem ini,” katanya.

Saldana juga mengakui, cabaran terbesarnya adalah menurunkan berat badan selepas melahirkan kembar, Cy Aridio dan Bowie Ezio Perego-Saldana.

“Walaupun mereka lahir pada November 2014, namun saya mengambil masa lama untuk menghilangkan berat badan sebanyak 30 kilogram.

“Apabila saya mendapat tahu Guardians of the Galaxy akan dibuat filem kedua, saya mahu mendapat berat badan lama saya,” katanya.

Ibu tiga anak

Saldana yang baru sahaja menimang cahaya mata ketiga, Zen Februari lalu berkata, wataknya sebagai Gamora benar-benar memberi ‘inspirasi’ kepada anak-anaknya.

“Mereka (Cy dan Bowie) fikir saya dan Hulk ada kena mengena kerana kami sama-sama berwarna hijau.

“Jadi saya kata, kalau mereka tidak mahu makan sayur, saya akan panggil Hulk ke rumah dan ambil mainan mereka. Ternyata ia berhasil apabila anak saya akan makan sayur setiap kali saya minta mereka berbuat demikian,” katanya sambil ketawa.

Tambah Saldana, dia bertuah apabila suaminya, Marco Perego sangat menyokong apa yang dilakukan.

“Kami sering berbual mengenai kehidupan dan memberi sokongan.

“Bila saya terlibat dengan penggambaran, dia akan mengambil alih tugas menjaga anak. Begitulah sebaliknya apabila dia perlu berada di luar daerah.

“Namun apa yang pasti, dia tidak pernah menghalang saya untuk berlakon dan dialah inspirasi saya,” akhirinya

The post Kerja keras Zoe Saldana akhirnya berbaloi appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ogxr6A

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.