Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki maut keracunan lepas makan kodok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki maut keracunan lepas makan kodok

Seorang lelaki Korea Selatan maut akibat keracunan selepas makan kodok kerana menyangka ia adalah daripada spesies katak yang boleh dimakan.

Polis berkata, mangsa adalah antara sekumpulan lelaki yang menangkap haiwan amfibia itu di kolam takungan berhampiran bandar Daejon pada Mac lalu.

Menyangka ia adalah spesies katak yang boleh dimakan, mereka memasak dan memakannya di sebuah restoran sehari kemudian.

Lelaki berusia 57 tahun mengalami muntah-muntah tidak lama selepas itu dikejarkan ke hospital untuk rawatan dan dilaporkan meninggal dunia pada keesokan harinya

Polis berkata, bufotenin, bahan kimia yang biasa ditemui pada kodok dijumpai di dalam sisa makanan sekumpulan lelaki berkenaan.

Mangsa lain yang turut makan hidangan itu turut menunjukkan tanda keracunan namun terselamat.

BBC Korea Selatan melaporkan, katak adalah makanan istimewa di beberapa bahagian luar bandar Korea Selatan.

Beberapa spesies katak kodok merembeskan racun melalui kulit mereka jika gelisah atau apabila berasa terancam dan berada dalam bahaya.

Bufotenin boleh membawa maut apabila dimakan dalam jumlah yang banyak.

The post Lelaki maut keracunan lepas makan kodok appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ox8vDF

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.