Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Ya Allah… berat sungguh dugaan yang kau berikan pada anakku dalam menghafaz Kalammu” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Ya Allah… berat sungguh dugaan yang kau berikan pada anakku dalam menghafaz Kalammu”

Keadaan kesihatan Adik Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, murid yang terpaksa dipotong kedua belah kakinya dilaporkan semakin teruk. Terbaru, ibu kepada adik Thaqif, Puan Felda Wani mengatakan tangan anaknya pula perlu dibedah akibat bakteria yang mengjangkiti kaki anaknya itu terlalu cepat merebak ke anggota badan yang lain.

“Semalam lepas potong kaki… tangan kanan dah mula bengkak dan kehitaman.. .Awal pagi tadi.. doktor minta kebenaran… untuk belah tangan Thaqif bagi kurangkan tekanan… kuman merebak sangat cepat….Saya dah redha apa jua ketentuan Allah…” Tulisnya.

Berikut Kronologi rawatan dan keadaan Adik Mohamad Thaqif:

Dalam masa yang sama, ibu Thaqif turut memohon doa semua untuk kesembuhan buat anaknya.

Adik Mohamad Thaqif merupakan murid di sebuah Madrasah di Kota Tinggi, Johor Bahru. Thaqif dikatakan merayu kepada ibunya agar dikeluarkan dari madrasah tersebut setelah mendakwa dipukul oleh pembantu warden menggunakan paip air.

Selepas lebih dari dua minggu kejadian tersebut, keadaan kaki Thaqif semakin teruk dan akhirnya kedua belah kakinya terpaksa dipotong setelah darah beku terkena jangkitan hingga melarat ke bahagian buah pinggang sehingga merosakkan fungsi buah pinggangnya.

Pembantu warden yang dipercayai memukul pelajar lelaki tersebut dilaporkan telah ditahan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata pada 18 April lalu, pihaknya menerima laporan dari ibu mangsa, Felda Wani Ahmad, yang mendakwa anaknya Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi, 11, dipukul oleh warden sekolahnya dengan paip getah pada 24 Mac 2017.


The post “Ya Allah… berat sungguh dugaan yang kau berikan pada anakku dalam menghafaz Kalammu” appeared first on The Alternatif.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oga7pB

✍ Sumber Pautan : ☕ The Alternatif


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.