Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ibu Ikhlas Maafkan Pemandu Van Cuai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ibu Ikhlas Maafkan Pemandu Van Cuai

Ibu Ikhlas Maafkan Pemandu Van Cuai|Kuala Lumpur: “Saya maafkan dia (pemandu van) walaupun terdetik di hati rasa terkilan kerana kecuaian dia meragut nyawa anak,” kata Jumrah Thamrin, ibu kepada Muhammad Iqram Danish Abdullah, 6, yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam van sebelum disahkan meninggal dunia, Jumaat lalu.

Jumrah, 38, berkata, anaknya menunggu van di depan rumah mereka di Bandar Country Homes, Rawang, kira-kira jam 2 petang untuk ke Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA).
“Kira-kira 5 petang, pemandu van tiba di rumah kami, namun saya tidak nampak kelibat anak saya.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan anak saya sudah dihantar ke klinik berhampiran tadikanya selepas pemandu itu menyedari anak saya tidak sedarkan diri dalam kenderaan itu,” katanya.

Katanya, dia bersama pemandu itu kemudiannya membawa Muhammad Iqram ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, arwah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kerana diserang strok haba,” katanya.

Katanya, terdapat kekeliruan berhubung masa seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Muhammad Iqram ada pulang ke rumah dulu untuk menyalin pakaian sebelum pergi semula ke tadika bagi sesi KAFA,” katanya.

The post Ibu Ikhlas Maafkan Pemandu Van Cuai appeared first on Eberita.org.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p99AVs

✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.