Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mamat Khalid minta pendapat Mufti Perak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mamat Khalid minta pendapat Mufti Perak

NAMA figura ini memang terkenal dengan filem-filem komedi. Antara filem yang dihasilkan ialah Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Rock.

Bagaimanapun, di sebalik filem seram dan komedi, Mamat Khalid tidak pernah melupakan hasrat membikin sebuah filem bercorak kerohanian.

Terbaru, pengarah prolifik ini mempertaruhkan Lebuhraya Ke Neraka, yang pada awalnya diberi judul Rentaz.

Filem yang menjalani penggambaran Julai 2011 ini hanya dapat disiarkan pada 4 Mei depan.

Menurut Mamat, sebagai seorang pembikin filem, dia sudah lama menyimpan hasrat cuba menghasilkan pelbagai genre filem.

“Saya bukan saja buat filem untuk penonton, tapi untuk diri sendiri dan anak-anak. Ini juga adalah peringatan untuk kami.

“Ketika saya bawakan idea ini kepada Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin, saya bawakan idea menghasilkan sekuel Rock iaitu Rock Oo.

 “Selesai penggambaran Rock Oo, barulah saya mulakan penggambaran Lebuhraya Ke Neraka di lokasi termasuk Pengkalan Hulu, Perak, berdekatan dengan sempadan Betong, Thailand,” katanya.

Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohd Khalid berpuas hati, biarpun filem itu mengambil masa enam tahun untuk disiapkan.

“Ia melalui perjalanan yang panjang dan agak mencabar untuk dihasilkan. Memandangkan ia sebuah filem kerohanian, jadi saya beberapa kali melalui proses perbincangan dengan Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia.

“Saya turut mendapatkan pandangan dan nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan beliau memberi pandangan apa yang sepatutnya dipotong dan dikekalkan.

“Kalau ikutkan, saya nak masukkan babak malaikat Munkar dan Nakir, tapi beliau kata bagi mengelakkan salah faham, beliau minta saya masukkan suara saja,” jelasnya.

Masa terbaik

Tambah Mamat,inilah masa terbaik untuk Lebuhraya Ke Neraka menemui penonton kerana mereka kini lebih bersikap terbuka dan matang menilai sesebuah filem.

“Pada mula LPF mahu meletakkan klasifikasi 18 tahun ke atas yang boleh menonton. Tapi saya melihat, mereka yang masih belum berusia 18 tahun pun boleh menonton.

“Jadi selepas beberapa siri perbincangan, LPF tidak potong mana-mana babak, cuma ada perkataan tidak bersesuaian telah disenyapkan,” katanya.

Mamat berkata, dia juga menyerahkan kepada penonton, bagaimana mereka memberi interpretasi mengenai filem ini.

“Mungkin ada yang melihat filem ini dari sudut rohani, mungkin ada juga yang melihat filem ini dari sudut logik.

“Tapi saya serahkan kepada mereka kerana saya sendiri menghasilkan Lebuhraya Ke Neraka ini yang ada dua unsur tersebut,” jelasnya.

Filem terbitan Grand Brilliance dan edaran Primeworks Distribution ini menampilkan lakonan Datuk Awie, Khir Rahman, Dazrin Kamarudin, Shahrizal Jaszle, Miera Leyana dan Fatin Syahirah.

Lebuhraya Ke Neraka mengisahkan sekumpulan geng motor berkuasa tinggi  diserang penyakit misteri secara tiba-tiba semasa berehat di satu kawasan kecuali ketuanya, Bob (Awie).

Bagaimanapun pelbagai perkara pelik dilaluinya ketika mendapatkan bantuan sehinggalah dia berjumpa Tyson (Khir).

Tyson turut menawarkan pertolongan untuk membantu namun dia meminta nyawa Bob sebagai galang gantinya. Siapakah Tyson? Dapatkah Bob membantu rakan-rakannya?

The post Mamat Khalid minta pendapat Mufti Perak appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ogwydW

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.