Hi! Welcome Back and Stay Tune! Search Imbau Zaman Kegemilangan ‘Fenomena’ Dalam Piring Hitam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Search Imbau Zaman Kegemilangan ‘Fenomena’ Dalam Piring Hitam

Kumpulan Search mengimbau kenangan zaman kegemilangan mereka dengan melancarkan edisi piring hitam bagi album keempat berjudul Fenomena.

Vokalisnya, Amy,59, berkata, album Fenomena dipilih berikutan ia mempunyai nilai sentimental tersendiri yang mengangkat nama kumpulan berkenaan pada satu tahap yang tinggi.

“Kami lancarkan piring hitam yang ditempah khas dari Amerika Syarikat untuk album Fenomena bagi peminat-peminat yang berminat menjadikan ia sebagai koleksi simpanan mereka.

“Album Fenomena adalah sangat istimewa buat Search kerana ia benar-benar memberi fenomena dalam insdustri muzik tanah air dan Indonesia suatu ketika dahulu,” ujarnya.

Pemilik nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman ini ditemui pada majlis pelancaran piring hitam Fenomena ‘Made In Usa’ di majlis pembukaan kedai Fenomena Muzik di Plaza Damas, pada Sabtu.
Piring hitam Fenomena ‘Made In Usa’ itu dijual secara tempahan dengan harga RM299 dan dijangka mula berada dipasaran pada awal Jun depan.

Search turut dianggotai oleh Yazid (dram), Nasir (bes), Nordin (gitaris) dan Kidd (gitaris).

Dalam pada itu, mengimbau kenangan zaman berkenaan sekitar tahun 1989 itu, katanya, kumpulan Search berjaya mengubah langskap muzik negara dan mencipta nama di Indonesia.

Katanya, kebanyakkan pemuzik rock yang muncul di negara seberang itu mendapat inspirasi daripada kumpulan berkenaan yang terkenal dengan lagu Isabella.

“Banyak kenangan manis ketika album Fenomena, kami mendapat layanan istimewa di Indonesia dan ketika itu mengenepikan muzik lain seperti dangdut dan jazz.

“Selepas itu, barulah muncul kumpulan-kumpulan rock di negara berkenaan seperti Slank,” ujarnya.
Tambah Amy, kumpulan itu bukan sahaja menarik minat anak muda, malah menjadi kegemaran seisi keluarga.

Katanya, pengalaman tersebut merupakan sebuah kenangan yang paling istimewa dalam hidupnya.

The post Search Imbau Zaman Kegemilangan ‘Fenomena’ Dalam Piring Hitam appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pTAEJk

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.