Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Ustaz Jin rawat pesakit secara ‘live’ elak salah anggap pengguna Facebook - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Ustaz Jin rawat pesakit secara ‘live’ elak salah anggap pengguna Facebook

KUALA NERUS, 21 April — Pengamal perubatan yang dikenali Ustaz Jin menunjukkan rawatannya secara langsung melalui Facebook agar ia menjadi lebih telus.

Norazman Mat Derus, 46, tidak mahu perubatannya yang didisalah anggap kerana ada bomoh yang berselindung di rawatan Islam, lapor Harian Metro.

“Saya membuat rawatan tanpa sembunyi apa-apa, orang ramai boleh datang ke tempat saya berubat atau menonton di Facebook Live,” katanya, yang aktif 10 tahun lalu di Indonesia dan beberapa negeri di Malaysia.

“Orang ramai boleh menilai sendiri kaedah perubatan saya dan lihat sendiri apa yang berlaku terhadap pasakit yang terima rawatan, termasuk mengeluarkan ‘objek sihir’ daripada tubuh pesakit.”

Norazman berkata wang sumbangan pesakit disedekahkan kepada masjid atau surau berdekatan selepas menolak semua kos yang ditanggungnya.

Mewarisi ilmu perubatan nenek moyangnya, beliau tidak membaca jampi serapah atau mantera seperti sebahagian bomoh lain.

“Saya hanya bergantung kepada ayat al-Quran. Apa yang saya amalkan dengan bacaan surah al-Fatihah, ayat Qursi, dan tiga Qul, tetapi caranya mestilah betul,” katanya.

Menurutnya, pesakitnya mencecah 200 hingga 300 pesakit setiap malam, selepas isyak sehingga ke subuh.

Malah ada yang tidak sempat dirawat bergantung kepada keupayaannya.

Selain membuat rawatan gangguan makhluk halus dan sihir, Norazman juga merawat masalah keluarga, darah tinggi, lumpuh, batu karang dan lemah tenaga batin.

 

Sumber :
– http://ift.tt/1aoZXzE

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2pQSQQX

✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.